Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • FTA meningkat 2.9 peratus kepada RM95.83 bilion
  • BISNES

FTA meningkat 2.9 peratus kepada RM95.83 bilion

Utusan Sarawak 5 years ago
IA didahului oleh kenaikan eksport barangan besi dan keluli, barangan perkilangan logam, keluaran petroleum, minyak sawit dan keluaran pertanian berasas- kan minyak sawit, barangan perkilangan lain (SSD), barangan optik dan saintifik serta barangan E&E.

KUALA LUMPUR: Perdagangan Malaysia dengan rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang merangkumi 66.2 peratus daripada jumlah perdagangan negara merekodkan pertumbuhan 2.9 peratus kepada RM95.83 bilion tahun ke tahun pada Jun 2020.

Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, eksport ke negara rakan dagang FTA bernilai RM55.87 bilion, melonjak 10.1 peratus tahun ke tahun tetapi  import menyusut 5.6 peratus kepada RM39.96 bilion.

“Kenaikan eksport direkodkan ke Hong Kong SAR sebanyak 31 peratus kepada RM6.03 bilion, disumbang oleh kenaikan eksport barangan E&E, Pakistan (73.2 peratus), Turki (1.7 peratus) dan Chile (16.3 peratus).

Berbanding Mei 2020, perdagangan, eksport dan import masing-masing meningkat 25.6 peratus, 30.7 peratus dan 19.2 peratus.

MITI berkata, pada Jun 2020, perdagangan dengan China kembali pulih dengan mencatatkan pertumbuhan 22 peratus tahun ke tahun kepada RM28.68 bilion, merangkumi 19.8 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.

“Eksport ke China terus meningkat bagi tiga bulan berturut-turut, melonjak 46.8 peratus kepada RM14.78 bilion, didahului oleh kenaikan eksport barangan besi dan keluli, barangan perkilangan logam, keluaran petroleum, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, barangan perkilangan lain (SSD), barangan optik dan saintifik serta barangan E&E,” katanya.

Import dari China naik 3.4 peratus kepada RM13.9 bilion.

“Perdagangan dengan AS pada Jun 2020 meningkat 20.5 peratus tahun ke tahun kepada RM15.42 bilion, menyumbang 10.6 peratus kepada jumlah perdagangan Malaysia.

“Eksport bertambah baik dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 27.6 peratus kepada RM9.76 bilion. Barangan perkilangan menguasai eksport ke AS dengan 97.7 peratus kepentingan, meningkat 28.2 peratus kepada RM9.53 bilion pada Jun 2020,” katanya.

Sementara itu, MITI berkata jumlah perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) yang mewakili 8.3 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pada Jun 2020, menguncup 6.5 peratus tahun ke tahun kepada RM11.99 bilion.

“Eksport meningkat 3.3 peratus kepada RM7.23 bilion, pulih daripada pertumbuhan negatif 25.4 peratus yang dicatatkan pada Mei 2020, disumbangkan oleh kenaikan eksport keluaran getah, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta barangan perkilangan lain (SSD). Import dari EU mengurang 18.2 peratus kepada RM4.76 bilion,” katanya.

Di antara 10 pasaran utama EU yang merangkumi 91.1 peratus daripada jumlah eksport Malaysia ke EU, MITI berkata eksport ke lapan  negara mencatatkan peningkatan iaitu Jerman (14.4 peratus), Republik Czech (104.7 peratus), Poland (82.4 peratus), Slovenia (97.6 peratus), Ireland (91.1 peratus), Perancis (9.5 peratus), Itali (7.2 peratus) dan Sepanyol (2.6 peratus).- Bernama

Continue Reading

Previous: Peminjam dihubungi untuk penjadualan semula pinjaman
Next: 601,000 peminjam, 13,000 PKS, tidak ambil kemudahan moratorium

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.