Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Friday Belik, Mohamad Duri tinjau isu setempat di Saratok
  • Selatan
  • WILAYAH

Friday Belik, Mohamad Duri tinjau isu setempat di Saratok

Utusan Sarawak 22 hours ago

MOHAMAD Duri dan Friday Belik serta agensi berkaitan telah mengadakan program tinjauan mesra di sekitar Pekan Saratok, dekat sini semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik, dan ADUN Kalaka, Mohamad Duri, telah mengadakan program tinjauan mesra di sekitar Pekan Saratok bagi meninjau secara dekat beberapa lokasi yang memerlukan tindakan segera demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Program tersebut bertujuan mengenal pasti isu-isu infrastruktur, keselamatan serta kemudahan awam yang perlu diberi perhatian dan tindakan pantas oleh pihak berkaitan.

Program yang bermula seawal 8.00 pagi semalam di Gerai Majlis Daerah Saratok (MDS) dimulakan dengan sesi minum pagi bersama Ketua Masyarakat, Kaunselor MDS serta beberapa kakitangan majlis.

MOHAMAD Duri dan Friday Belik serta agensi berkaitan telah mengadakan program tinjauan mesra di sekitar Pekan Saratok, dekat sini semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

Menurut Friday Belik, antara lokasi yang dilawati termasuk Pasar Tamu, Taman Awam Town Square, kawasan projek menaik taraf sistem perparitan, serta kawasan blind spot berhampiran Kedai Temu Sini yang sering menjadi lokasi kemalangan.

“Hasil tinjauan ini, beberapa keputusan dan persetujuan telah dicapai untuk tindakan segera oleh pihak berwajib,” katanya.

Friday menegaskan bahawa kerjasama erat antara ADUN Kalaka dan ADUN Krian di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus diperkukuh demi manfaat penduduk kedua-dua kawasan.

Sementara itu, Mohamad Duri berkata, program walkabout tersebut turut memberi peluang kepada kedua-dua ADUN untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan kemudahan awam yang dikongsi bersama antara DUN Krian dan DUN Kalaka.

“Tinjauan kami mendapati terdapat beberapa masalah perlu diberi perhatian segera oleh pihak MDS, antaranya sistem perparitan yang sering melimpah ketika hujan lebat, parit tersumbat dan berbau, serta keperluan menambah baik sistem pengudaraan dan bekalan air di tingkat satu gerai MDS,” jelasnya.

Beliau turut menambah bahawa kawasan jubin tinggi yang memisahkan gerai minuman perlu diratakan bagi memastikan keselamatan pengguna, manakala sistem perparitan perlu dinaik taraf segera bagi mengelak gangguan kepada peniaga sayur-sayuran.

Katanya, kawasan Pasar Tamu Saratok merupakan nadi ekonomi tempatan dan menjadi tumpuan utama penduduk serta pengunjung dari luar untuk menjamu selera dan mendapatkan keperluan harian.

“Oleh itu, perhatian dan tindakan segera daripada pihak MDS amat diperlukan bagi memastikan kawasan ini terus selesa, bersih dan selamat untuk semua,” ujar beliau.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pesara polis terima Pingat Jasa Pahlawan Negara tanpa istiadat di IPD Saratok
Next: ADUN Kabong prihatin ziarahi penduduk diuji kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.