Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Frank yakin kekal pengurus Spurs walaupun tewas kepada Newcastle
  • SUKAN

Frank yakin kekal pengurus Spurs walaupun tewas kepada Newcastle

Utusan Sarawak 7 hours ago

Pemain Newcastle United, Jacob Ramsey (tengah) meraikan gol kedua pasukannya bertemu Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, London. Newcastle menang 2-1. – Foto AFP

LONDON: Pengurus Tottenham, Thomas Frank, percaya beliau masih mendapat sokongan pemilik kelab meskipun semakin banyak gesaan supaya pengendali dari Denmark itu dipecat susulan kekalahan 2-1 kepada Newcastle awal pagi tadi.

Spurs merosot ke tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris, hanya lima mata di atas zon penyingkiran dengan baki 12 perlawanan musim ini.

Mereka tidak akan beraksi lagi selama 12 hari sehingga menerima kunjungan seteru setempat dan pendahulu liga, Arsenal. 

Frank menjelaskan beliau telah berbincang dengan pihak pengurusan tertinggi kelab pada Isnin dan tidak menjangka situasi itu akan berubah menjelang derbi utara London.

“Kami faham kami tidak berada pada kedudukan yang baik dan kami perlu melakukan segala yang termampu untuk keluar daripada keadaan ini,” kata bekas pengurus Brentford itu.

“Saya faham kekecewaan dan perkara paling mudah ialah menuding jari kepada saya. Itu sebahagian daripada tugas ini, malangnya.

“Saya akan bekerja siang dan malam untuk mengubah keadaan, tetapi ia bukan soal seorang individu sahaja. Tidak dinafikan kami perlu meningkatkan prestasi dan saya perlu menjadi sebahagian daripada usaha itu.”

Spurs hanya memenangi dua daripada 13 perlawanan liga di laman sendiri musim ini dan berdepan jadual sukar, dengan kunjungan ke Liverpool, Aston Villa dan Chelsea — yang masing-masing memburu slot Liga Juara-Juara — masih menanti. – AFP

Continue Reading

Previous: Keputusan seri Chelsea dengan Leeds ‘pil pahit’ buat Rosenior

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.