Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Frank kini pengurus baharu Spurs, ganti Postecoglou
  • SUKAN

Frank kini pengurus baharu Spurs, ganti Postecoglou

Utusan Sarawak 1 day ago

Thomas Frank dilantik sebagai pengurus baharu Tottenham Hotspur bagi menggantikan Ange Postecoglou yang dipecat.

LONDON: Tottenham melantik Thomas Frank dari Brentford sebagai pengurus baharu mereka awal pagi tadi, menggantikan Ange Postecoglou yang dipecat.

Frank bersetuju menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan Tottenham dan menjadi pengurus tetap keempat kelab utara London itu sejak Jun 2021.

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Thomas Frank sebagai ketua jurulatih baharu kami dengan kontrak sehingga 2028,” menurut kenyataan Tottenham.

“Dengan Thomas, kami melantik salah seorang jurulatih paling progresif dan inovatif dalam dunia bola sepak.

“Beliau terbukti mempunyai rekod dalam pembangunan pemain dan skuad dan kami tidak sabar untuk melihatnya memimpin pasukan menjelang musim baharu.”

Tottenham mengalihkan tumpuan kepada Frank selepas pengerusi Daniel Levy memecat Postecoglou minggu lalu, hanya 16 hari selepas jurulatih Australia itu memenangi final Liga Europa menentang Manchester United, sekali gus menamatkan kemarau trofi selama 17 tahun.

Frank muncul pengurus tetap ke-14 di bawah kepimpinan Levy dalam tempoh 24 tahun.

Levy menghubungi Brentford secara rasmi awal minggu ini dan perjanjian dimuktamadkan selepas Tottenham bersetuju untuk membenarkan Frank membawa pembantu jurulatih Brentford, Justin Cochrane.

Kontrak Frank bersama Brentford sepatutnya berakhir pada 2027, dengan klausa pelepasan yang dilaporkan sekitar £10 juta (RM57.4 juta).

Jurulatih berusia 51 tahun itu mengemudi Brentford kembali ke liga utama pada 2021 selepas 74 tahun dan berjaya mengekalkan kelab barat London itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kini tugasnya adalah untuk membimbing Tottenham kembali ke kelompok elit EPL.

Tottenham akan beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan hasil kejayaan mereka dalam Liga Europa di Bilbao, bila mana mereka menewaskan Manchester United 1-0.

Kejayaan itu merupakan trofi Eropah pertama Tottenham dalam tempoh 41 tahun, sekali gus menepati kenyataan Postecoglou yang mendakwa beliau sentiasa memenangi trofi pada musim keduanya.

Namun jurulatih dari Australia itu akhirnya dipecat susulan musim EPL yang mengecewakan apabila Tottenham menamatkan musim di tangga ke-17 selepas kalah 22 daripada 38 perlawanan.

Frank akan mengendalikan Tottenham secara rasmi buat kali pertama dalam perlawanan kompetitif pada 13 Ogos dalam Piala Super UEFA berdepan juara Liga Juara-Juara, Paris Saint-Germain. – AFP

Continue Reading

Previous: Tengku Zafrul mahu penyelesaian segera isu kontrak Pearly- Thinaah
Next: Liverpool sambar Wirtz dengan nilai mencecah RM667 juta – laporan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.