Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Fosil porpoise prasejarah berusia 12 juta tahun ditemui di Peru
  • GLOBAL

Fosil porpoise prasejarah berusia 12 juta tahun ditemui di Peru

Utusan Sarawak 2 hours ago
SATU rangka lengkap fosil batuan Lomacetus sp., nenek moyang kepada ikan porpoise moden yang wujud lebih 10 juta tahun lalu, telah didedahkan di Institut Geologi, Perlombongan dan Metalurgi (INGEMMET) di Lima pada 17 September 2025. Foto AFP

LIMA: Ahli paleontologi Peru hari ini mendedahkan penemuan fosil seekor porpoise prasejarah berusia 12 juta tahun yang ditemui berhampiran pesisir Pasifik negara itu.

Fosil sepanjang 3.5 meter (kira-kira 11.5 kaki) itu ditemukan pada Julai lalu oleh ahli paleontologi Mario Urbina di Gurun Ocucaje, kira-kira 350 kilometer di selatan ibu kota Lima.

Ketika mempersembahkan penemuan itu di Institut Geologi, Perlombongan dan Metalurgi di Lima, Urbina berkata fosil berkenaan merupakan spesimen porpoise yang jarang ditemui daripada formasi geologi Pisco, yang terkenal dengan fosil marin yang terpelihara dengan baik.

SPESIMEN itu ditemui di gurun Ocucaje, di Ica, selatan Peru. Foto AFP

Seorang lagi ahli paleontologi, Mario Gamarra, berkata keadaan fosil yang amat baik itu membuka peluang kepada penyelidikan baharu mengenai mamalia laut prasejarah tersebut, termasuk bagaimana ia bergerak, berenang, apa yang dimakannya dan jangka hayatnya.

Gurun Ocucaje sememangnya terkenal sebagai lokasi kaya dengan fosil, termasuk rangka paus kerdil berkaki empat, ikan lumba-lumba, jerung dan pelbagai spesies lain dari zaman Miosen, iaitu antara lima hingga 23 juta tahun lalu. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 3 anggota polis terbunuh, 2 cedera dalam insiden tembakan di Pennsylvania

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.