Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Forum ‘Women of Impact 2025’ galak perubahan sosial bermakna
  • TEMPATAN

Forum ‘Women of Impact 2025’ galak perubahan sosial bermakna

Utusan Sarawak 8 hours ago
DARI kiri: Easter Sim (Setiausaha WOI), Anna Wee (Pengerusi Forum), Datuk Amar Fadillah Yusof, Lilla Raja (Exco WOI) dan Norazmah Wan Abdul Rahman (Exco WOI).

KUCHING: Forum Women of Impact 2025: Driving Social Change bakal diadakan di Muzium Budaya Borneo pada 15 November ini, menghimpunkan barisan wanita Malaysia yang berpengaruh bersama pemimpin nasional serta aktivis masyarakat bagi membincangkan isu-isu sosial yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat.

Dianjurkan oleh Jawatankuasa Teras Women of Impact (WOI), forum separuh hari ini bertujuan membuka ruang dialog jujur dan tindakan kolektif terhadap pelbagai cabaran sosial termasuk kemiskinan, pendidikan, kebajikan haiwan, alam sekitar serta beban emosi tidak kelihatan yang sering ditanggung wanita dalam masyarakat.

Berbeza daripada persidangan konvensional, Forum WOI mengetengahkan pendekatan lebih santai dan mesra seperti perbincangan di ruang tamu, bagi menghormati sumbangan wanita yang bekerja dalam senyap tanpa mencari perhatian atau publisiti. Inisiatif ini juga berhasrat merapatkan jurang antara masyarakat sivil, pembuat dasar dan sektor korporat ke arah pembaharuan sosial yang lebih bermakna.

Forum tersebut akan menampilkan lapan penceramah dan empat ahli panel dari pelbagai bidang termasuk keusahawanan sosial, bantuan kemanusiaan, undang-undang, kesihatan dan aktivisme akar umbi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof dijangka hadir sebagai tetamu kehormat dan akan menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Wanita, Masyarakat Sivil dan Peranan Kerajaan dalam Memperkasa Perubahan’ (Women, Civil Society and the Government’s Role in Empowering Change)

Bertemakan Memacu Perubahan Sosial (Driving Social Change), forum ini mengupas makna sebenar memberi impak yang berkekalan dalam dunia yang dipenuhi persepsi dan penjenamaan semata-mata.

Antara topik menarik yang bakal dibincangkan ialah Pembina Asas, Bukan Pencari Populariti (Ground Builders, Not Spotlight Seekers)yang menyoroti ketabahan wanita di lapangan, Merapatkan Jurang (Bridging the Cracks) mengenai peranan masyarakat sivil menampung kelemahan sistem, serta Keberanian dalam Hati Nurani (Courage in Conscience) yang meneliti kekuatan dalaman di sebalik perjuangan sosial.

Menurut Jawatankuasa WOI, forum ini diadakan bukan sekadar untuk meraikan pencapaian wanita, tetapi sebagai wadah memperkukuh kesedaran dan tanggungjawab bersama dalam membawa perubahan sosial yang tulen dan berimpak tinggi.

Oleh Amanda L

Continue Reading

Previous: 76 rakyat Sarawak tamat latihan industri loji CCGT Miri
Next: Sarawak tekad pacu pembangunan melalui RMK13

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.