Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Forum Ekonomi Malaysia 2026 pacu pertumbuhan, perkukuh kerjasama
  • SEMASA

Forum Ekonomi Malaysia 2026 pacu pertumbuhan, perkukuh kerjasama

Utusan Sarawak 8 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Forum Ekonomi Malaysia 2026 di Kuala Lumpur, hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini menghadiri Forum Ekonomi Malaysia 2026 yang bertemakan ‘Mempercepat Pertumbuhan, Memajukan Malaysia’. Ini menzahirkan komitmen berterusan Sarawak dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi negara.

Forum tersebut merupakan platform nasional utama yang menghimpunkan pembuat dasar, pemimpin industri, ahli akademik serta wakil masyarakat sivil bagi membincangkan hala tuju ekonomi negara selari dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Forum ini memberi penekanan kepada pelaksanaan dasar secara berkesan serta pencapaian hasil yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Penganjuran forum ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan sektor swasta dalam menghadapi cabaran ekonomi global, di samping merangka strategi bagi mempercepat pertumbuhan ekonomi negara secara mampan dan inklusif.

Forum ini turut menampilkan ucaptama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan sesi pelancaran rasmi Forum Ekonomi Malaysia 2026.

Antara sorotan forum termasuk sesi pembentangan dan perbincangan bertema yang dibahagikan kepada dua trek utama, merangkumi topik hala tuju Malaysia sebagai negara berasaskan kecerdasan buatan (AI), pengurusan kelestarian dan peralihan tenaga, pemerkasaan teknologi dan inovasi tempatan, serta reformasi sistem kesihatan ke arah perkhidmatan yang adil, mampu milik dan berkualiti.

Selain itu, forum tersebut turut membincangkan strategi perdagangan dan pelaburan bagi kepelbagaian ekonomi serta peluasan pasaran global, pembangunan dan penarikan bakat masa hadapan, reformasi sektor perumahan, serta persediaan negara menghadapi cabaran populasi menua, selari dengan perubahan struktur demografi negara.

Kehadiran Premier Sarawak mencerminkan peranan aktif Sarawak dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi nasional, sekali gus menegaskan kesediaan Sarawak untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh daya tahan ekonomi negara serta memastikan pertumbuhan yang seimbang dan mampan demi kesejahteraan rakyat.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan patuhi semua prosedur rundingan jajaran sempadan Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.