Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Formula geran khas Sarawak masih menunggu keputusan Kerajaan Persekutuan
  • TEMPATAN

Formula geran khas Sarawak masih menunggu keputusan Kerajaan Persekutuan

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pada Majlis Perasmian dan Forum Minggu Arkib Antarabangsa 2026 di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini. 

PETRA JAYA: Sarawak masih menunggu keputusan Kerajaan Persekutuan berhubung formula khas pemberian geran khas kepada negeri itu di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, formula yang dikemukakan oleh Sarawak setakat ini masih belum mendapat persetujuan atau keputusan muktamad.

“Formula khas yang kita kemukakan di bawah Artikel 112D sebagai asas pengiraan geran khas ini masih belum diputuskan.

“Kita mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan berharap ada keputusan yang baik bukan sahaja untuk Sarawak, malah untuk seluruh negara,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian dan Forum Minggu Arkib Antarabangsa 2026 di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini.

Ketika ditanya mengenai jangkaan keputusan berhubung perkara itu, beliau berkata perkara tersebut bergantung kepada Kerajaan Persekutuan.

“Saya tidak tahu bila keputusan akan dibuat, namun kita berharap ia dapat diselesaikan segera. Insya-Allah tahun ini, tetapi semuanya terpulang kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengenai perkembangan rundingan antara Petros dan Petronas, Sharifah Hasidah enggan mengulas lanjut, namun yakin penyelesaian dapat dicapai.

“Kita percaya rundingan dan persetujuan secara komersial antara Petros dan Petronas akan dapat dicapai.

“Perdana Menteri sendiri telah menyatakan ada perkembangan yang baik. Jadi kita tunggu sahaja berita selanjutnya dan berharap keputusan itu dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: TEGAS buka permohonan program pembangunan permainan digital 2026
Next: Uggah hargai sokongan semua pihak jayakan Sambutan Gawai Dayak Sarawak 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.