Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Formula Geran Khas 112D dibincang sebelum Aidilfitri
  • SEMASA

Formula Geran Khas 112D dibincang sebelum Aidilfitri

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bersama Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman menyempurnakan gimik perasmian Bazar Ramadan Sukma Ria, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

PETRA JAYA: Cadangan formula baharu Geran Khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan yang dikemukakan kerajaan Sarawak dijangka dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebelum sambutan Aidilfitri.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata setakat ini belum ada keputusan muktamad dibuat oleh Kerajaan Persekutuan berhubung formula yang telah dikemukakan oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 akan diadakan dalam masa terdekat selepas tarikh sebelum ini ditangguhkan.

“Kita akan adakan mesyuarat Teknikal MA63 tidak lama lagi. Saya tak ingat tarikh tepat kerana sebelum ini ada tarikh tetapi ditangguhkan. Insya-Allah dalam bulan ini juga, sebelum Hari Raya.

“Setakat ini belum ada keputusan yang betul-betul dibuat mengenai formula yang kita telah berikan kepada Kerajaan Persekutuan bagi geran di bawah Artikel 112D,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Bazar Ramadan Taman Sukma Ria, di sini hari ini.

TIMBALAN Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bersama Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung Bazar Ramadan Taman Sukma Ria, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa ketika ini perbincangan masih berjalan bagi memperhalusi cadangan formula tersebut.

“Kita sekarang ini tengah dalam perbincangan untuk kita halusi lagi formula yang kita kemukakan kepada Kerajaan Persekutuan. Jadi memang dalam penelitian,” ujarnya.

Ditanya sama ada keputusan persetujuan atau penolakan akan diketahui dalam mesyuarat tersebut, beliau berkata perkara itu bergantung kepada hasil rundingan dan penelitian bersama dalam jawatankuasa berkenaan.

Untuk rekod, Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan semakan pemberian khas kepada Sarawak dan Sabah oleh Kerajaan Persekutuan, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Terdahulu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan Sarawak mencadangkan supaya formula pengiraan geran khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan disemak berdasarkan jumlah hasil cukai yang diperoleh Kerajaan Persekutuan daripada negeri ini.

Katanya, semakan tersebut wajar berpandukan prinsip pulangan yang lebih adil kepada Sarawak selaras dengan sumbangan hasil negeri kepada Persekutuan.

Menurutnya, Perkara 112D memperuntukkan supaya geran khas kepada Sabah dan Sarawak disemak setiap lima tahun, namun sebelum ini tiada semakan dibuat dalam tempoh yang sepatutnya.

“Kita ada mencadangkan formula daripada Sarawak. Ia mesti berpandu kepada berapa pendapatan yang diperoleh daripada Sarawak melalui cukai.

“Kalau mereka menerima banyak cukai dari Sarawak, maka beri balik lebih banyak. Kalau sedikit, beri sedikit, fleksibel,” katanya sebelum ini.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pematuhan pemasangan tanda harga di bazar Ramadan tinggi, memuaskan – KPDN
Next: Mangsa banjir di Sabah terus meningkat, Sarawak buka PPS pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.