Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Formasi baharu Dendang Romuder
  • HIBURAN

Formasi baharu Dendang Romuder

Utusan Sarawak 7 months ago
FORMASI HEBAT… Dendang Romuder satu formasi baharu menampilkan gabungan elemen tradisional dengan sentuhan moden yang segar.

DENDANG Romuder merupakan satu formasi baharu menampilkan gabungan elemen tradisional (dendang untuk melodi dan lagu) dengan sentuhan moden yang segar.

Satu nama yang agak unik, Dendang Romuder adalah slanga main-main untuk ‘orang mudak’ terutamanya di Sarawak, bermaksud ‘orang muda’ menjadikan nama ini dinamik dan muda. Ia juga bermaksud ‘hero aku’ dalam bahasa Melayu Daerah Kuching.

Nama ini melambangkan gabungan antara yang lama dan baharu mengekalkan muzik tradisional Melayu dan kreativiti generasi muda.

FAUZIAH Gambus dan Fera Ikmal.

Kumpulan ini ditubuhkan oleh seorang komposer, pemuzik, penyanyi, pengarah iklan dan video berpengalaman sejak era 1978 hingga sekarang, Dr. Kamil Salem.

Mereka terdiri daripada Dr. Kamil Salem (pemimpin), Fauziah Gambus (penyanyi utama & pemain gambus terkenal negara), Firlany Malik (accordion & seruling), Ainal Johari (percussion) dan Fera Ikmal (penyanyi).

“Dendang Romuder menggabungkan antara ahli muzik profesional yang berpengalaman dan juga bakat baharu dari rantau Borneo dan Semenanjung Malaysia. Bereksperimentasi menerusi elemen muzik tradisional Melayu secara ensemble, sesuai untuk persembahan dalam kumpulan besar atau kecil,” jelas Dr. Kamil.

Ujarnya, gabungan tersebut mencetuskan kesegaran unik dalam persembahan sekali gus menampilkan kelainan dalam persembahan.

TAMPIL PERSEMBAHAN BERTENAGA

“Lagu-lagu yang dipilih terdiri daripada Melayu klasik, Melayu Kuching Sarawak, malar segar, rancak, dan popular di seluruh Nusantara hasil gabungan alat muzik tradisional serantau dengan aliran muzik moden dan terkini,” katanya.

AINAL Johari.

“Dendang Romuder berkemampuan menampilkan persembahan bertenaga dan menghiburkan, yang mampu menyentuh hati penonton sehingga mereka turut menyanyi dan berjoget bersama.

Dr. Kamil berkata, kombinasi ‘elemen tradisional dan moden’ bukanlah sesuatu masalah bagi kumpulan ini. Namun cabaran bagi setiap penghasilan muzik adalah dalam memastikan lagu-lagu yang disampaikan dapat menarik minat audien daripada setiap peringkat umur yang kian berubah mengikut arus semasa.

Beliau kekal positif dengan berpendapat bahawa cabaran adalah merupakan perkara yang baik bagi sesebuah kumpulan untuk berkembang.

Dendang Romuder sememangnya ditubuhkan untuk menguji keberhasilan muzik etnik tradisional dan komposisi moden agar sesuai dengan cita rasa masyarakat.

“Komposisi segar dan terbaik dihasilkan dengan mengekalkan keaslian elemen tradisi, namun dipadankan dengan aliran moden,” katanya.

Ditanya bagaimana Dendang Romuder memberikan penjelasan dari segi pengertian muzik tradisional dalam persembahan, jelas Dr. Kamil, “Muzik tradisional merujuk kepada muzik yang diwarisi daripada generasi ke generasi dalam masyarakat Melayu, mengandungi elemen budaya, sejarah, dan adat resam.

“Muzik ini biasanya dimainkan menggunakan alat muzik tradisional seperti gambus, rebana, seruling, dan gendang. Alat-alat seperti gambus dan rebana ditampilkan dalam setiap gubahan dan persembahan Dendang Romuder.

MAHU SEBAR ‘CINTA’ MUZIK MELAYU

Saat ditanya lagi tentang harapannya terhadap Dendang Romuder, Dr. Kamil memberikan jawapan,

“Semoga usaha kami dalam mempromosikan seni dan budaya tradisional Malaysia, khususnya muzik Melayu, dapat dikenali di dalam dan luar negara.

FIRLANY Malik.

“Kami berharap dapat menyebarkan kecintaan terhadap muzik tradisional Malaysia, seterusnya memelihara dan memulihara kualiti irama seni muzik tradisional Melayu di peringkat dunia.

“Kami juga berharap penggiat seni muzik tanah air akan terus menyumbangkan idea-idea kreatif untuk menggabungkan elemen tradisi ke dalam muzik moden, memperkayakan seni muzik yang lebih luas dan segar.

Katanya, Dendang Romuder akan terus berkarya dan mendendangkan irama tradisional tempatan, sambil memperkenalkan serta memartabatkan keunikan muzik tradisional Melayu di peringkat antarabangsa.

“Kami akan meneruskan usaha ini melalui pelbagai platform seperti media sosial, acara rasmi, festival, konsert, dan media massa.

“Dendang Romuder juga bercita-cita untuk menghasilkan karya seni yang terus mengekalkan identiti budaya dan menggabungkan elemen moden untuk memastikan muzik tradisional kekal relevan dan segar.

Oleh Yanti Sham

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Hafiz buktikan dia masih berbisa
Next: Rossa tidak kisah rakan duet popular atau tidak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.