Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Fokus utama Sarawak
  • TEMPATAN

Fokus utama Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago
SIDANG MEDIA … Dato’ Sri Fatimah Abdullah pada sidang media Laporan Berkala One Stop Committee (OSC) bagi menangani isu dadah dan penyalahgunaannya di Sarawak bertempat di Baitul Makmur di Kuching, semalam.

KUCHING: Isu penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang kini diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negeri Sarawak (MKNS) kerana Kerajaan Sarawak memandang serius masalah tersebut dan komited dalam menanganinya.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata perkara ini seperti yang dipersetujui oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga merupakan pengerusi MKNS.

“Mesyuarat Kabinet MKNS telah diadakan dan salah satu kertas kerja yang telah dibentangkan adalah mengenai isu penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

“Sarawak meletakkan isu ini sebagai salah satu fokus utama kerana ia boleh mengganggu keselamatan negara.

“Daripada segi kerajaan, kita meletakkan di bawah MKNS seperti yang telah dipersetujui oleh Kabinet Negeri dan kementeriaan saya akan bertanggungjawab daripada segi pengurusan pentadbiran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Laporan Berkala One Stop Committee (OSC) bagi menangani isu dadah dan penyalahgunaan Sarawak bertempat di Baitul Makmur di sini, semalam.

Menurutnya, pemindahan masalah tersebut dengan diletakkan dibawah MKNS adalah kerana ia masalah kritikal yang mempengaruhi generasi muda dan turut menular ke luar bandar termasuk pelajar.

“Oleh itu, perkara itu telah menjadi ancaman kepada keselamatan kita dan ia akan lebih mudah untuk pihak Kerajaan Negeri memantau serta menyalurkan dana untuk menangani penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

“Dadah tidak boleh dilihat sebagai masalah sosial semata-mata kerana ia mempengaruhi kesihatan sosial, tetapi itu juga harus dilihat sebagai ancaman terhadap keselamatan kita, “tegasnya.

Turut hadir Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak Wan Madihi Wan Salleh, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak ACP Jasmirol Jamaluddin, Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial (MPS) Dr. Zufar Yadi Brendan Abdullah.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Kerajaan buat langkah terbaik
Next: Permulaan gelombang kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.