Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Fokus empat halatuju sasar Bandaraya Rendah Karbon menjelang 2030
  • TEMPATAN

Fokus empat halatuju sasar Bandaraya Rendah Karbon menjelang 2030

Utusan Sarawak 2 years ago
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi pada upacara simbolik majlis perasmian Seminar Bandaraya Rendah Karbon bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menerusi pelbagai perancangan mensasarkan sebuah bandaraya rendah karbon seiring dengan halatuju kerajaan Sarawak dalam memacu pembangunan sosioekonomi yang mampan menjelang 2030.

Selain sebagai sebuah bandaraya terbaik di Malaysia dan di seluruh dunia dalam aspek pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, bagi mencapai sasaran ini, empat halatuju strategik yang jelas dan pragmatik telah dirancang menerusi Pelan Strategik DBKU bagi 2022 hingga 2030.

“Rancangan merangkumi lima teras utama, 19 objektif strategik, 54 KPI dan 80 Pelan Tindakan,” katanya pada majlis perasmian Seminar Bandaraya Rendah Karbon bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Katanya, semua ini merupakan rancangan jangka masa panjang.

“Ini bagi memenuhi kehendak dan keperluan warga bandaraya, juga meningkatkan lagi perkhidmatan perbandaran, perancangan pembangunan dan pembangunan infrastruktur dengan cekap, berkesan dan responsif terhadap keperluan warga Bandar Raya Kuching.

“Seperti mana yang kita dapat lihat, perubahan iklim yang berlaku pada masa kini sangatlah membimbangkan dan mencetuskan kerisauan.

“Pelbagai agenda dan inisiatif telah dilaksanakan bagi mencari langkah penyelesaian dan DBKU juga tidak terkecuali dalam memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan pelbagai inisiatif ini bagi mencapai pembangunan lestari,” ujarnya.

Antara inisiatif DBKU adalah penganjuran aktiviti-aktiviti yang memberi kesedaran kepada warga bandaraya ialah Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching, Program Pagi Bebas Kenderaan, Sambutan Hari Bumi, Program Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula (3R), Program Inklusiviti, gorong-royong dan banyak lagi.

Jelasnya lagi, matlamat utama DBKU menjadikan Bandar Raya Kuching sebagai sebuah bandaraya rendah karbon adalah untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon dan pada masa sama DBKU mampu menyediakan pembangunan asas dalam bandar di mana ia dapat meningkatkan penjanaan ekonomi setempat, mengurangkan impak kepada alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup warga bandar raya.

“Besarlah harapan saya agar inisiatif-inisiatif yang telah dirancang oleh DBKU dan agensi-agensi lain akan membuka lebaran baharu dalam usaha menjadikan Bandar Raya Kuching sebagai sebuah bandaraya rendah karbon.

“Sekali gus mampu menangani isu alam sekitar melibatkan perubahan iklim dan pembangunan teknologi hijau yang dapat mengurangkan pelepasan karbon di samping mempertingkatkan kemampanan alam sekitar,” katanya.

“Ini kerana DBKU merupakan sebuah entiti yang berada di peringkat pentadbiran yang paling dekat dengan warga bandaraya,” katanya.

Justeru, beliau berharap usaha DBKU ini akan terus berkembang dan akan sentiasa komited dalam memainkan peranan yang penting dan aktif dalam mendidik, menggerak dan memberi respons kepada warga bandaraya serta mempromosi pembangunan mampan dan inklusif.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: SDEC, TikTok Malaysia kerjasama perkasa pencipta kandungan tempatan
Next: Pertimbang harga kenderaan hidrogen, elektrik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.