Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • FMM minta pelitup muka dikecualikan
  • BISNES

FMM minta pelitup muka dikecualikan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) meminta kerajaan untuk memberikan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas semua input dalam pembuatan topeng muka bagi memastikan pengeluar tempatan dapat bersaing dengan pengimport.

Sekarang ini, pengimport topeng muka dikecualikan daripada membayar duti import dan cukai jualan.

Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai berkata, pengeluar tempatan membayar 20 peratus duti import dan 10 peratus cukai jualan ke atas bahan-bahan yang merangkumi fabrik bukan tenunan PP yang digunakan untuk membuat penapisan tiga lapis serta bingkai logam dan penutup telinga elastik topeng muka.

Pengeluar topeng muka tempatan menghadapi persaingan sengit daripada pengimport produk, terutama mereka yang mengimport dari China berikutan kos bahan mentah yang tinggi.

“Pengecualian duti import dan cukai jualan bertujuan untuk terus menyokong pengeluaran tempatan serta sebahagian daripada inisiatif bagi membeli produk buatan Malaysia.

“Sekarang ini, kesemua bahan mentah diimport dari China, India, Ireland dan Emiriyah Arab Bersatu disebabkan bekalan tempatan tidak mencukupi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, FMM menyambut baik langkah kerajaan untuk menurunkan harga siling topeng muka daripada RM1.50 sehelai kepada RM1.20 sehelai, berkuatkuasa mulai 15 Ogos.

“Memandangkan pemakaian topeng muka mula diwajibkan mulai 1 Ogos depan, kerajaan sewajarnya memulakan penguatkuasaan harga baharu itu pada 1 Ogos 2020,” katanya lagi.

Pada 23 Julai, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi mengumumkan penurunan harga siling untuk topeng muka serta pengurangan harga borong daripada tahap semasa sebanyak RM1.45 menjadi RM1.15 sekeping.

Nanta berkata penurunan harga itu adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk mewajibkan pemakaian topeng muka di kawasan awam. – Bernama

Continue Reading

Previous: Peminjam dihubungi untuk penjadualan semula pinjaman
Next: 601,000 peminjam, 13,000 PKS, tidak ambil kemudahan moratorium

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.