Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Flotila menuju Gaza hampiri perairan antarabangsa di luar pesisir Iskandariah, Mesir
  • SEMASA

Flotila menuju Gaza hampiri perairan antarabangsa di luar pesisir Iskandariah, Mesir

Utusan Sarawak 4 days ago
KONVOI 11 kapal kini berada di luar pesisir Iskandariah dalam perairan antarabangsa, kira-kira 560 kilometer (348 batu) dari Gaza. Foto Freedom Flotilla Coalition (FFC)

ANKARA: Jawatankuasa Antarabangsa untuk Menamatkan Kepungan Gaza pada Ahad mengumumkan bahawa konvoi 11 kapalnya kini berada di luar pesisir Iskandariah dalam perairan antarabangsa, kira-kira 560 kilometer (348 batu) dari Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu mengesahkan semula misinya dengan menyatakan: “Matlamat kami ialah Gaza untuk menamatkan sekatan, menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku dan mewujudkan koridor maritim yang selamat.”

Jawatankuasa itu memaklumkan bahawa semalam, dua lagi bot telah menyertai gelombang terbaharu misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) bagi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kapal yang sedang dalam pelayaran kepada 11, selepas Israel menyerang misi Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa.

FFC, sebuah rangkaian kumpulan masyarakat sivil antarabangsa telah menganjurkan beberapa percubaan sejak 2010 untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza dan mengetengahkan krisis kemanusiaan di wilayah itu.

Tentera laut Israel menyerang dan merampas kapal-kapal misi GSF pada Khamis serta menahan lebih 470 aktivis dari lebih 50 negara. Flotila itu sebelum ini cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mencabar sekatan Israel ke atas wilayah itu.

Israel mengekalkan sekatan ke atas Gaza yang dihuni hampir 2.4 juta penduduk, sejak hampir 18 tahun lalu.

Sejak Oktober 2023, serangan Israel telah membunuh lebih 67,000 rakyat Palestin di wilayah itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta menjadikannya tidak boleh didiami, dengan sekatan itu turut menyebabkan Gaza terjerumus ke dalam kebuluran.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SPRM gesa hentikan budaya ‘duit upah’ demi lahirkan generasi berintegriti
Next: Toh Puan Fauziah ziarah Datin Siti Shorgayah di Kuala Lumpur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.