Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Flotila FSG hampiri Gaza, jangka tiba esok
  • GLOBAL

Flotila FSG hampiri Gaza, jangka tiba esok

Utusan Sarawak 10 hours ago
SEKUMPULAN kapal dalam misi Global Sumud Flotilla ke Gaza dilihat berlabuh di pulau kecil Koufonisi, selatan pulau Crete pada 26 September 2025. Foto AFP

ISTANBUL: Flotila bantuan antarabangsa kini kurang 399 batu nautika dari Semenanjung Gaza dan dijangka tiba di wilayah itu esok, menurut penganjur pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

“Masa berlalu dan flotila turut bergerak bersamanya – setiap minit membawa Flotila Sumud Global (FSG) semakin hampir ke Gaza dan keadilan yang sewajarnya diperoleh rakyatnya,” kata gabungan itu dalam satu kenyataan di platform media sosial X.

Mereka turut berkongsi peta menunjukkan laluan kapal-kapal itu ke Gaza, dengan menyatakan hanya tinggal 399 batu nautika dari wilayah yang dikepung itu.

Menurut jurucakap bagi armada Maghreb flotila berkenaan, Wael Naouar, kapal dijangka tiba di Gaza esok atau 1 Oktober.

SEKUMPULAN kapal dalam misi Global Sumud Flotilla ke Gaza dilihat berlabuh di pulau kecil Koufonisi, selatan pulau Crete pada 26 September 2025. Foto AFP

Beliau menambah, mungkin akan berlaku kelewatan bergantung pada keadaan cuaca.

FSG yang terdiri daripada kira-kira 50 kapal, berlayar awal bulan ini dengan misi memecahkan sekatan Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan, khususnya bekalan perubatan ke Semenanjung Gaza.

Menurut rakaman video yang dikongsi seorang aktivis Turkiye di atas kapal, sebuah kapal tentera laut Greece telah berundur selepas mengiringi konvoi itu di perairan antarabangsa.

Sementara itu, tentera laut Itali dan Sepanyol terus memberikan perlindungan kepada aktivis di atas kapal.

“Satu-satunya penghalang antara kami dan Gaza ketika ini hanyalah laut,” kata seorang aktivis dari Belanda, Ross Ykema, dalam kenyataan video.

Sejak 2 Mac, Israel menutup sepenuhnya lintasan ke Gaza, menghalang konvoi makanan dan bantuan sehingga menyebabkan kebuluran semakin meruncing.

Hanya bekalan terhad dibenarkan masuk secara berselang-seli, dan banyak daripadanya dirampas kumpulan bersenjata yang menurut pihak berkuasa Gaza dilindungi Israel. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi magnitud 5.4 landa barat Turkiye
Next: Trump yakin rancangan damai Gaza di terima baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.