Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Flotila bantuan ke Gaza kini 463 batu nautika dari wilayah dikepung Israel
  • GLOBAL

Flotila bantuan ke Gaza kini 463 batu nautika dari wilayah dikepung Israel

Utusan Sarawak 1 day ago

Rombongan Global Sumud Flotilla (GSF).

ISTANBUL: Flotila bantuan menuju Gaza kini berada 463 batu nautika dari wilayah yang dikepung Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan penganjur pada Sabtu.

Global Sumud Flotilla memaklumkan kapal-kapalnya telah menyambung perjalanan selepas berhenti seketika bagi menangani masalah mekanikal dan dijangka tiba dalam tempoh empat hingga tujuh hari.

“Dalam masa dua hari, flotila akan memasuki zon berisiko tinggi ketika kewaspadaan dan solidariti global amat diperlukan,” menurut kenyataan penganjur di platform media sosial X.

Jawatankuasa Antarabangsa Untuk Memecahkan Kepungan Gaza pada Sabtu mendedahkan bahawa satu lagi flotila terdiri daripada 10 kapal awam telah belayar dari pelabuhan San Giovanni Li Cuti di bandar Catania, Sicily, membawa kira-kira 70 aktivis dari lebih 20 negara, dengan kerjasama Freedom Flotilla Coalition.

Peserta termasuk sembilan Ahli Parlimen terpilih dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Global Sumud Flotilla, yang terdiri kira-kira 50 kapal belayar awal bulan ini dengan misi memecahkan sekatan Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan, khususnya bekalan perubatan ke Semenanjung Gaza.

Sejak 2 Mac, Israel menutup sepenuhnya lintasan ke Gaza, menghalang konvoi makanan dan bantuan sehingga menyebabkan keadaan kebuluran semakin meruncing.

Hanya bekalan terhad dibenarkan masuk secara berselang-seli dan banyak daripadanya dirampas kumpulan bersenjata yang menurut pihak berkuasa Gaza dilindungi Israel.

Israel sebagai kuasa pendudukan mempunyai rekod memintas kapal-kapal menuju Gaza, merampas kapal serta mengusir aktivis. 

Pengkritik menyifatkan tindakan itu sebagai lanun laut. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: 42 maut akibat wabak Ebola di DR Congo
Next: Petisyen bantah kad pengenalan digital di UK cecah lebih 1.5 juta tandatangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.