Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Fletcher pertahankan akademi United selepas kritikan Amorim
  • SUKAN

Fletcher pertahankan akademi United selepas kritikan Amorim

Utusan Sarawak 18 hours ago

Darren Fletcher menggalas tugas sebagai pengendali sementara Manchester United. Foto AFP

LONDON: Pengendali sementara Manchester United, Darren Fletcher, tampil mempertahankan akademi kelab itu dengan menegaskan ia kekal antara yang terbaik di dunia, susulan kritikan bekas pengurus Ruben Amorim sebelum beliau dipecat.

Fletcher mengambil alih tugas sementara pada Isnin lalu selepas Amorim disingkirkan, dan memulakan tempoh itu dengan keputusan seri 2-2 menentang Burnley dua hari kemudian.

Amorim sebelum ini dikritik kerana gagal memberi peluang mencukupi kepada graduan akademi United, khususnya Kobbie Mainoo. 

Bulan lalu, pengurus dari Portugal itu turut mempersoalkan prestasi Harry Amass dan Chido Obi, malah menyentuh soal “rasa berhak” dalam kalangan pemain muda United.

Namun Fletcher, yang dilantik sebagai ketua jurulatih bawah 18 tahun pada Julai lalu dan juga produk akademi United, mempertahankan sistem pembangunan pemain muda kelab itu menjelang perlawanan Piala FA pusingan ketiga menentang Brighton, Ahad ini.

“Secara sejarahnya, kelab ini dibina berasaskan akademi. Kami mempunyai akademi yang luar biasa. Rekod kami bercakap dengan sendirinya,” katanya.

Manchester United telah menurunkan sekurang-kurangnya seorang pemain tempatan dalam setiap skuad hari perlawanan sejak 1937.

“Kami memiliki bakat muda yang hebat. Mereka bekerja keras, merendah diri, dan masih belajar kerana mereka masih muda,” tambah Fletcher.

Mainoo, 20, yang beraksi bersama England dalam final Euro 2024, masih belum memulakan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini. Fletcher mengakui sukar membaca keadaan pemain itu.

“Dia berada dalam keadaan baik dan berlatih dengan baik, cuma Kobe ini memang sukar dibaca,” katanya.

United kini berada di tangga ketujuh liga dan masih mencari pengurus sementara hingga akhir musim, dengan Ole Gunnar Solskjaer dan Michael Carrick antara nama yang dikaitkan.

Fletcher bagaimanapun menolak spekulasi mengenai masa depannya sendiri, sambil menegaskan beliau diberi tanggungjawab penuh untuk mengendalikan dua perlawanan akan datang. — AFP

Continue Reading

Previous: Terbuka Malaysia 2026: Nova akui Tang Jie-Ee Wei gagal kekal fokus
Next: Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik selangkah tamat kemarau 12 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.