Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Fitnah: Polis sahkan terima laporan bekas Naib Canselor UKM 
  • NASIONAL

Fitnah: Polis sahkan terima laporan bekas Naib Canselor UKM 

Utusan Sarawak 3 months ago

Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan yang dilontarkan kepadanya.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dua laporan polis berkenaan dibuat pada petang semalam oleh Mohd Ekhwan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Mohd Ekhwan Toriman beberapa hari lepas.

Zambry berkata pihaknya menerima keputusan itu kerana beliau memberikan sebab mahu menumpukan perhatian terhadap perkara lain.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan terdapat unsur salah guna kuasa dan penyelewengan di UKM yang mengaitkan Mohd Ekhwan.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Kerajaan perlu tegas bendung budaya fitnah, hasutan dalam talian – Agong
Next: JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.