Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • FINAS anjur program libat urus bersama penggiat industri kreatif Sarawak
  • SEMASA

FINAS anjur program libat urus bersama penggiat industri kreatif Sarawak

Utusan Sarawak 16 hours ago
SEMANGAT… Dato’ Hans Isaac memberi penerangan berkenaan komitmen FINAS pada Program One Stop Closer: Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Sarawak bertempat di Auditorium FINAS Cawangan Sarawak. 

PETRA JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menganjurkan program One Stop Closer: Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Sarawak bertempat di Auditorium FINAS Cawangan Sarawak.

Program ini, menurut FINAS, bertujuan memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara FINAS dan pemain industri kreatif di negeri tersebut.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi FINAS, Dato’ Hans Isaac, yang hadir sebagai tetamu kehormat.

Berucap pada majlis berkenaan, Hans Isaac menegaskan komitmen FINAS untuk memperkasakan industri perfileman tempatan secara menyeluruh.

Menurutnya, program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif FINAS ke arah pendekatan yang lebih inklusif dan progresif, termasuk dalam aspek penyediaan dana, penghasilan kandungan filem bermutu tinggi yang memupuk perpaduan kaum, serta pengiktirafan terhadap sumbangan penggiat seni veteran.

“Kita mahu industri ini bukan sahaja terus bertahan, malah berkembang pesat selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang komited memajukan sektor seni tanah air,” katanya.

Hadir sama, Ahli Perbadanan FINAS, Gregory Wee Lik Hoo, yang memaklumkan mengenai kerjasama strategik FINAS bersama Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dalam mempromosikan animasi, filem dan dokumentari yang berunsurkan seni dan budaya tempatan.

Usaha ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperluas pasaran kandungan kreatif Sarawak ke peringkat serantau dan antarabangsa.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Perbadanan, Rozaidi Abdil Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi, menegaskan bahawa kebajikan penggiat seni akan terus menjadi keutamaan FINAS.

Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan termasuk membuka peluang kepada penggiat seni untuk mendaftar akaun KWSP serta menyediakan perlindungan sosial melalui PERKESO, khususnya bagi golongan veteran industri.

Program ini turut menyediakan ruang dialog dua hala antara FINAS dan penggiat seni Sarawak, mencerminkan kesungguhan semua pihak untuk bekerjasama dalam membina masa depan industri kreatif negara yang lebih mampan, inklusif dan berdaya saing.

Oleh Norman B.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: 55,184 individu berpendapatan rendah terima bantuan RM98.8 juta sehingga April
Next: Program Ziarah MADANI FINAS 2025 santuni penggiat industri veteran di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.