Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Finalis Keling CCF santuni komuniti OKU di Pepikat Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Finalis Keling CCF santuni komuniti OKU di Pepikat Bintulu

Utusan Sarawak 9 hours ago
JEMAT Marin memakai selempang putih sebagai finalis Keling CCF 2026, bergambar bersama penghuni serta petugas PPDK Perpikat, Bintulu selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada komuniti OKU.

BINTULU: Finalis Keling bagi pertandingan Chapz & Cassidy Fitdance (CCF) 2026, Jemat Marin, 26, meluangkan masa menyantuni serta menyumbang barangan keperluan kepada penghuni Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Perpikat di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sumbangan berkenaan adalah sebagai usaha kecil dalam membantu golongan orang kurang upaya (OKU) di samping menyemai semangat prihatin dalam kalangan masyarakat.

“Sedikit bagi kita, segalanya bagi mereka. Saya amat bersyukur diberi peluang untuk berkongsi rezeki serta meluangkan masa bersama adik-adik dan warga di sini,” katanya.

Tambahnya, pengalaman melawat pusat berkenaan memberi kesedaran mendalam tentang erti kesyukuran apabila melihat ketabahan serta semangat yang ditunjukkan oleh penghuni PPDK tersebut.

Beliau turut memuji usaha pihak pengurusan pusat yang komited dalam menjaga kebajikan serta memberi pendidikan dan latihan kepada individu OKU di komuniti setempat.

Dalam pada itu, Jemat mengajak orang ramai agar bersama-sama memainkan peranan dalam menyokong pusat kebajikan melalui sumbangan dan sokongan moral.

“Tanggungjawab sosial adalah milik bersama. Diharapkan lebih ramai tampil menghulurkan bantuan bagi memastikan kebajikan golongan ini terus terbela,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ops Selamat 26 peringkat daerah Lawas bermula Khamis
Next: BDA kesan tujuh premis beroperasi tanpa lesen di pusat beli-belah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.