Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Final Move 2025: Cabaran Catur Blitz Kuching 28 Disember ini
  • SUKAN

Final Move 2025: Cabaran Catur Blitz Kuching 28 Disember ini

Utusan Sarawak 57 mins ago
PROMOSIKAN… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan ADUN Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang bersama barisan kepimpinan PCBK bergambar bersama. 

KUCHING: Final Move 2025: Cabaran Catur Blitz Kuching akan berlangsung pada 28 Disember depan di Pustaka Negeri Sarawak dengan sasaran penyertaan 128 pemain dari Kuching dan kawasan sekitarnya.

Persatuan Catur Bahagian Kuching (PCBK) dalam kenyataan berkata, persediaan penganjuran kini berada pada peringkat akhir dengan format 5+3 blitz dipilih bagi menguji kemahiran taktikal dan ketangkasan pemain dalam permainan pantas.

Menurut PCBK, penganjuran acara hujung tahun itu turut menerima galakan daripada pelbagai pemimpin negeri dan rakan komuniti, yang hadir dalam satu sesi bergambar khas di Kuching baru-baru ini sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan sukan minda di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir. Lo Khere Chiang, berkata usaha memperluas platform penyertaan seperti ini memberi kesan positif kepada belia.

“Catur membina disiplin, fokus dan keyakinan diri. Program seperti Final Move 2025 akan mendorong lebih ramai anak muda Sarawak untuk terlibat dan berkembang,” katanya.

Presiden PCBK, Chuang Kuang Hong, berkata kejohanan berkenaan bukan sekadar pertandingan semata-mata, sebaliknya ruang untuk merapatkan komuniti catur dan menutup tirai tahun dengan aktiviti yang inklusif.

“Sokongan pemimpin, rakan kerjasama dan komuniti amat kami hargai dalam usaha menggerakkan pembangunan catur di Kuching,” jelasnya.

Yuran penyertaan ditetapkan pada RM20 bagi memastikan akses lebih luas kepada pemain baharu, pelajar serta mereka yang berminat mencuba kategori blitz.

POSTER Final Move 2025: Cabaran Catur Blitz Kuching akan berlangsung pada 28 Disember depan di Pustaka Negeri Sarawak.

PCBK turut komited memperluas program pembangunan catur tahun hadapan melalui bengkel, kejohanan, program sekolah dan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan serta swasta.

Persatuan itu juga mengalu-alukan penaja, sukarelawan dan rakan komuniti untuk bersama menjayakan penganjuran. 

Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk tajaan kewangan, hadiah, trofi, barangan, makanan, token atau bantuan tenaga kerja.

Orang ramai yang ingin mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Alex Ting (016-860 1712), Yip Chin Chin (012-408 6026) atau Kiing Sie Ying (019-839 7785). Pembayaran yuran RM20 boleh dibuat melalui akaun Affin Bank 1018 0001 1884 atas nama Persatuan Catur Bahagian Kuching.

Final Move 2025 dijangka menjadi antara acara sukan minda terbesar di Kuching menjelang penghujung tahun, sekali gus menawarkan pentas kepada pemain untuk mempamerkan keupayaan dan memupuk semangat kesukanan.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liverpool mencari jawapan, Arsenal bersedia hadapi ujian Chelsea

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.