Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Filipina tidak akan bertindak balas terhadap tarif baharu AS
  • GLOBAL

Filipina tidak akan bertindak balas terhadap tarif baharu AS

Utusan Sarawak 4 weeks ago
SEBUAH bot belayar melepasi kontena perkapalan di sebuah pelabuhan di Manila pada 8 April 2025. Foto AFP

MANILA: Kerajaan Filipina tidak akan bertindak balas terhadap tarif 17 peratus yang dikenakan baru-baru ini ke atas barangan tempatan yang memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada langkah ‘Liberation Day’ oleh Presiden Donald Trump, kata Setiausaha Perdagangan Filipina, Maria Cristina Roque lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Bercakap kepada pemberita di luar Pameran Makanan Kebangsaan di Mandaluyong City pada Rabu, Roque berkata pentadbiran Presiden Ferdinand Marcos Jr memilih pendekatan secara konstruktif dengan memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan hubungan perdagangan dengan AS.

“Tidak, kami tidak merancang sebarang tindakan balas. Kami memilih untuk bergerak secara positif dan terus memperluas perdagangan antara negara kita dan AS,” katanya.

Bank Pembangunan Asia sebelum ini memberi amaran bahawa tindakan balas oleh negara-negara membangun boleh mengurangkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) serantau sebanyak 0.1 mata peratusan masing-masing pada 2025 dan 2026.

Filipina, sebagai sebahagian daripada Asia membangun, turut berisiko terjejas sekiranya ketegangan perdagangan terus memuncak.

Pegawai perdagangan tertinggi negara itu dijadual menyertai mesyuarat maya Menteri Ekonomi ASEAN pada Khamis bagi membincangkan cara blok itu ke hadapan susulan arahan tarif baharu Trump yang berkuat kuasa pada 9 April.

“Kami mengadakan pertemuan pada Khamis bersama menteri-menteri ASEAN yang lain, dan kita akan lihat apa yang dapat dipersetujui di sana, serta bagaimana kita boleh bekerjasama sebagai ASEAN,” tambah Roque.

Susulan mesyuarat peringkat Kabinet pada 8 April, pasukan ekonomi negara itu bersetuju untuk terlebih dahulu mendengar pendirian negara anggota ASEAN yang lain sebelum memuktamadkan pendirian Filipina.

Roque turut mencadangkan kemungkinan untuk menurunkan tarif ke atas import AS sebagai isyarat niat baik, dengan harapan Washington akan mempertimbangkan semula keputusannya. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Trump umum penangguhan tarif selama 90 hari kepada 75 negara
Next: Bitcoin naik 5.9 peratus susulan pengumuman penangguhan tarif 90 hari Trump

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.