Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Filipina: Ribut tropika Basyang ragut tiga nyawa, hampir 111,000 keluarga terjejas
  • GLOBAL

Filipina: Ribut tropika Basyang ragut tiga nyawa, hampir 111,000 keluarga terjejas

Utusan Sarawak 4 hours ago
PASUKAN penyelamat memindahkan seorang wanita selepas Ribut Tropika Penha melanda kawasan Iligan, wilayah Lanao del Norte pada 6 Februari 2026. Foto AFP
ORANG ramai meredah air banjir yang dibawa oleh Ribut Tropika Penha di Iligan, wilayah Lanao del Norte pada 6 Februari 2026. Foto AFP

BUTUAN CITY (Filipina): Ribut tropika Basyang yang melemah menjadi kawasan tekanan rendah melanda wilayah Caraga di selatan Filipina, mengakibatkan tiga orang terkorban dan memaksa ribuan keluarga meninggalkan kediaman mereka, menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD), lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Dalam laporan pada 4.00 pagi Sabtu, OCD-13 memaklumkan kematian direkodkan di Surigao del Sur dan Agusan del Norte.

Agensi itu berkata lebih 390,000 individu daripada hampir 111,000 keluarga di 525 kampung terjejas akibat ribut tropika Basyang, dengan lebih 20,830 penduduk kehilangan tempat tinggal, dan 6,109 orang ditempatkan sementara di 50 pusat pemindahan yang ditetapkan, manakala kira-kira 14,721 orang memilih untuk berada di luar pusat berkenaan.

Ratusan rumah dilaporkan rosak di seluruh wilayah itu, namun pihak berkuasa masih belum menentukan tahap kerosakan terhadap sektor pertanian dan infrastruktur.

Operasi bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan (DSWD-13) dengan sokongan unit kerajaan tempatan bermula pada Khamis, dengan bantuan telah diagihkan kepada keluarga terjejas.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, DSWD-13 memaklumkan pihaknya meneruskan penghantaran bantuan makanan kepada keluarga yang terjejas akibat Basyang, sambil menambah usaha bantuan akan diteruskan sepanjang hujung minggu ini. – Bernama-PNA

Continue Reading

Previous: Singapura pantau rapi situasi virus Nipah, tiada kes dikesan setakat ini
Next: Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.