Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Filipina batalkan beberapa penerbangan akibat Ribut Tropika Ramil
  • GLOBAL

Filipina batalkan beberapa penerbangan akibat Ribut Tropika Ramil

Utusan Sarawak 14 hours ago
GAMBAR hiasan.

MANILA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) hari ini mengumumkan pembatalan penerbangan berikutan keadaan cuaca buruk yang disebabkan oleh Ribut Tropika Ramil, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

CAAP memaklumkan pembatalan itu melibatkan penerbangan domestik yang dikendalikan oleh Philippine Airlines, Cebu Pacific Air dan CebGo.

Penumpang dinasihatkan untuk menyemak terus dengan syarikat penerbangan mereka mengenai kemas kini, pilihan tempahan semula atau prosedur bayaran balik.

Dalam satu kenyataan akhbar, CAAP memaklumkan ia akan terus memantau perkembangan cuaca dengan teliti dan sedang dalam penyelarasan aktif dengan pengendali penerbangan dan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memastikan keselamatan dan kebajikan orang ramai dalam perjalanan. 

Nasihat tambahan akan dikeluarkan mengikut keperluan.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Putera Andrew lepas gelaran diraja di tengah dakwaan skandal Epstein
Next: Pemain bass Limp Bizkit, Sam Rivers meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.