Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Filem pendek ‘Space Between’ angkat warisan Sarawak
  • HIBURAN

Filem pendek ‘Space Between’ angkat warisan Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
PELAKON, Julai Billie (dua kiri, belakang),dan Darweesha Dasuki (dua kiri, hadapan) merakam gambar kenang-kenangan bersama Datuk Snowdan Lawan (empat kiri) dan barisan tetamu kehormat yang lain. Foto: Amanda L

KUCHING: Tayangan perdana filem pendek ‘Space Between’ bukan sekadar bentuk hiburan semata-mata, sebaliknya mencerminkan bagaimana kreativiti anak muda tempatan dapat dimanfaatkan untuk mempromosikan keindahan, budaya dan keunikan Sarawak ke peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berkata produksi seperti arahan Danish Busmah, 28, itu wajar diberikan sokongan penuh kerana berpotensi besar menjadi medium promosi pelancongan yang berkesan.

“Sebenarnya kita bukan sekadar menonton filem pendek tetapi turut menyaksikan bagaimana kisah peribadi mampu diangkat menjadi alat promosi yang efektif, dalam kes ini Gua Niah dan juga Sarawak secara keseluruhan.

“Pendekatan seperti ini adalah cara yang segar dan relevan untuk menarik perhatian bukan sahaja penonton tempatan, malah penonton luar negara,” katanya ketika ditemui selepas tayangan perdana di TGV Cinemas, Vivacity Megamall petang tadi.

Menurut beliau, pendekatan kreatif menerusi filem, dokumentari dan seni persembahan merupakan bentuk soft power yang berkesan dalam memperkenalkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan yang unik dan autentik.

“Banyak lokasi di Sarawak sangat sesuai dijadikan latar penggambaran pelbagai genre seperti seram, aksi, sejarah dan epik. 

“Kita mempunyai 34 suku kaum, masing-masing dengan budaya, bahasa dan cerita tersendiri. Ini sudah cukup kaya sebagai sumber inspirasi sinematik,” ujarnya.

Snowdan turut menyuarakan harapan agar bakat muda tempatan terus diberi peluang untuk berkarya dalam skala yang lebih besar.

“Kita ada ramai pengkarya muda yang berbakat besar, cuma mereka perlukan sokongan dalam bentuk latihan, peralatan dan akses kepada peluang. Siapa tahu, suatu hari nanti Sarawak boleh menjadi Hollywood versi Borneo,” katanya.

Mengulas perkembangan industri kreatif secara lebih luas, Snowdan berkata sektor itu kini diiktiraf sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi di beberapa negara jiran seperti Indonesia yang telah mencatatkan sumbangan ratusan bilion ringgit kepada ekonomi negara tersebut.

“Industri kreatif bukan hanya mencipta pekerjaan, malah melahirkan produk pelancongan. 

“Sebagai contoh, Rainforest World Music Festival. Produk utamanya ialah muzik dan seni persembahan. Tanpa elemen itu, tidak wujud produk pelancongan yang berasaskan pengalaman,” jelasnya.

Beliau yakin dengan sokongan berterusan daripada kerajaan serta keterbukaan para penggiat seni untuk terus menghasilkan karya bermutu, Sarawak mampu muncul sebagai hab seni dan budaya yang dihormati di peringkat global.

Oleh Amanda L.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Ronnie Hussein kini lebih selesa bergerak solo
Next: Filem pendek ‘Space Between’ bakal temui penonton 15 Jun ini di TVS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.