Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Filem ‘Konspirasi’ tingkat kefahaman masyarakat terhadap peranan SPRM
  • HIBURAN

Filem ‘Konspirasi’ tingkat kefahaman masyarakat terhadap peranan SPRM

Utusan Sarawak 17 hours ago
FILEM ‘Konspirasi’ tingkat kefahaman masyarakat terhadap peranan SPRM. Foto Facebook SPRM.

KUALA LUMPUR: Tayangan perdana filem ‘Konspirasi’ diyakini mampu meningkatkan kefahaman dan keyakinan masyarakat terhadap peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bukan sahaja tertumpu kepada aspek penguatkuasaan, malah turut merangkumi usaha pencegahan serta pendidikan antirasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, filem ‘Konspirasi’ memberikan gambaran lebih dekat tentang liku perjuangan, ancaman, tekanan serta keteguhan prinsip pegawai SPRM dalam melaksanakan amanah demi kepentingan negara.

“Filem ini memberikan gambaran jelas mengenai cabaran sebenar yang dihadapi pegawai penguat kuasa dalam menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya dalam kenyataan selepas menghadiri tayangan perdana filem itu di TGV Alamanda, Putrajaya, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Junipah Wandi serta barisan pengarah kanan, pengarah bahagian dan negeri SPRM.

Filem berkenaan yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh negara bermula pada 21 Mei ini, mengangkat tema penguatkuasaan rasuah secara realistik, dramatik dan berimpak tinggi.

Filem itu turut mengetengahkan isu kebocoran maklumat siasatan membabitkan pendedahan data sulit, rahsia dan maklumat siasatan secara tidak sah kepada pihak tidak dibenarkan, sekali gus memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya pengkhianatan amanah terhadap keselamatan negara serta integriti institusi penguatkuasaan.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu dibintangi pelakon terkenal tanah air seperti Datuk Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Che Puan Sarimah Ibrahim, Amir Nafis dan Esma Daniel.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dalam kenyataan sama berkata, keterbukaan agensi seperti SPRM dalam menampilkan realiti tugas penguatkuasaan kepada masyarakat mencerminkan tahap ketelusan yang tinggi.

Beliau berkata, filem itu turut menampilkan mesej bahawa sesuatu kesalahan tetap dianggap salah tanpa sebarang kompromi, selain memaparkan pelbagai tanggungjawab SPRM termasuk dalam aspek menjaga keselamatan dan kepentingan negara.

“Ini juga merupakan satu daripada bentuk filem kenegaraan yang berjaya diketengahkan kepada masyarakat pada hari ini,” katanya. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Penyanyi Bonnie Tyler ditidurkan selepas jalani pembedahan kecemasan
Next: Shila Amzah sulam emosi 25 tahun perjalanan seni dalam konsert penuh makna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.