Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Filem ketiga ‘Avatar’ lepasi paras AS$1 bilion di seluruh dunia
  • HIBURAN

Filem ketiga ‘Avatar’ lepasi paras AS$1 bilion di seluruh dunia

Utusan Sarawak 2 days ago
FILEM Avatar: Fire and Ash dan Zootopia 2.

LOS ANGELES: Avatar: Fire and Ash mencipta kejayaan apabila melepasi paras AS$1 bilion di kutipan pecah panggung global, sekali gus mengekalkan kedudukan teratas di pawagam Amerika Utara selepas meraih tambahan AS$40 juta hasil jualan tiket, menurut anggaran industri pada Ahad.

Filem ketiga siri blockbuster arahan James Cameron itu setakat ini meraih AS$306 juta di Amerika Syarikat dan Kanada, manakala kutipan antarabangsa mencecah AS$777 juta, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan AS$1.08 bilion, menurut laporan Exhibitor Relations.

FILEM The Housemaid dan Marty Supreme.

Fire and Ash dibintangi Zoe Saldana sebagai pahlawan Na’vi, Neytiri, serta Sam Worthington sebagai bekas anggota Marin, Jake Sully, yang terpaksa berdepan ancaman musuh baharu yang mengancam nyawa keluarganya di planet Pandora.

Kejayaan itu menjadikan Fire and Ash sebagai filem keempat arahan Cameron yang melepasi paras AS$1 bilion, selepas dua filem terdahulu dalam francais ‘Avatar’ serta filem ikonik Titanic.

Di tempat kedua ialah Zootopia 2, filem animasi terbitan Disney yang menceriakan dan merupakan calon Anugerah Oscar, dengan kutipan AS$19 juta. Jumlah kutipan global filem itu kini hampir AS$1.6 bilion.

Tempat ketiga The Housemaid terbitan Lionsgate dengan kutipan AS$14.9 juta. Filem ini merupakan adaptasi novel terlaris karya Freida McFadden mengenai seorang wanita muda (Sydney Sweeney) yang diupah oleh pasangan kaya (Amanda Seyfried dan Brandon Sklenar) yang menyimpan rahsia gelap.

Marty Supreme, drama sukan berlatarkan zaman terbitan A24 lakonan Timothee Chalamet, berada di tempat keempat dengan kutipan AS$12.6 juta.

Sementara itu, Anaconda, filem komedi aksi meta terbaharu yang dibintangi Paul Rudd dan Jack Black sebagai dua sahabat yang cuba menghidupkan semula filem seram asal 1997, menduduki tempat kelima dengan kutipan AS$10 juta. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Pelakon veteran Korea Selatan Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Next: Pelakon, penyanyi veteran Isma Aliff meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.