Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FIFA: Tiada bukti bola terkena kabel sebelum gol Bellingham di Piala Dunia
  • SUKAN

FIFA: Tiada bukti bola terkena kabel sebelum gol Bellingham di Piala Dunia

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEMAIN tengah England, Jude Bellingham (kiri), meraikan jaringan gol kedua pasukannya ketika aksi suku akhir Piala Dunia 2026 antara Norway dan England di Stadium Miami, Miami Gardens. Foto AFP

MIAMI, Amerika Syarikat: FIFA hari ini menegaskan tiada bukti bagi menyokong dakwaan bahawa gol penyamaan England ketika menewaskan Norway 2-1 dalam aksi suku akhir Piala Dunia sepatutnya dibatalkan selepas bola dipercayai terkena kabel kamera sebelum jaringan itu terhasil.

Pemain Norway membantah keputusan kepada pengadil Perancis, Clement Turpin, selepas Jude Bellingham menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan babak pertama untuk menjadikan kedudukan 1-1 di Stadium Hard Rock.

Rakaman sepakan gol penjaga gol Norway, Orjan Nyland, yang memulakan gerakan sebelum gol Bellingham itu menunjukkan trajektori bola seolah-olah berubah secara tiba-tiba sebelum jatuh ke laluan pemain tengah England, Elliot Anderson.

Mengikut undang-undang permainan, situasi itu sepatutnya menyebabkan permainan dihentikan dan dimulakan semula menerusi kaedah bola jatuh.

Bagaimanapun, FIFA menjelaskan bahawa sensor cip yang dipasang dalam bola, iaitu teknologi sama yang digunakan untuk membatalkan gol ketika kekalahan Croatia kepada Portugal dalam pusingan kalah mati sebelum ini, menunjukkan tiada tanda bola terkena kabel berkenaan.

“Dalam insiden sebelum gol England pada minit ke-45+2 menentang Norway, sensor dalam Bola Berhubung (Connected Ball) tidak menunjukkan sebarang kemuncak pada ‘denyutan bola’ ketika berada di udara.

“Oleh itu, tiada bukti bahawa bola terkena kabel di atas padang dan mengubah pergerakannya,” menurut kenyataan FIFA.- AFP

Continue Reading

Previous: Tuchel akui England bernasib baik, perlu perbaiki prestasi selepas tewaskan Norway
Next: Haaland bangga Norway ‘letak nama di peta dunia’ walaupun tersingkir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.