Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FIFA puji pengadil yang dilabel “mencurigakan” oleh Trump
  • SUKAN

FIFA puji pengadil yang dilabel “mencurigakan” oleh Trump

Utusan Sarawak 10 hours ago
PENGADIL Raphael Claus melayangkan kad merah kepada penyerang Amerika Syarikat, Folarin Balogun, dalam aksi menentang Bosnia dan Herzegovina pada Rabu lepas. Foto REUTERS

NEW YORK: Ketua Pengadil FIFA Pierluigi Collina memuji pengadil perlawanan yang dilabel “mencurigakan” oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor PA Media/dpa.

Trump mengkritik pengadil dari Brazil, Raphael Claus semalam selepas beliau melayangkan kad merah kepada penyerang AS Folarin Balogun susulan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam perlawanan pusingan 32 menentang Bosnia dan Herzegovina minggu lepas.

Kad merah Balogun bagaimanapun digantung secara kontroversi pada Ahad, sekali gus membolehkannya beraksi dalam perlawanan pusingan 16 menentang Belgium yang menyaksikan AS tewas 1-4 pagi tadi (waktu Malaysia) di Seattle.

FIFA dalam satu kenyataan memuji Claus sebagai antara pengadil profesional terbaik dunia dan anggota penting Team One (pasukan pengadil) pada Piala Dunia FIFA.

Menurut kenyataan itu, sepanjang kerjayanya, beliau sentiasa menunjukkan tahap profesionalisme dan integriti yang tertinggi.

Collina berkata, Raphael Claus mengadili Piala Dunia FIFA buat kali kedua selepas turut bertugas pada edisi Qatar 2022. Beliau merupakan pengadil yang berpengalaman dan amat dihormati, dan kami terus memberikan keyakinan penuh terhadap beliau sebagai pengadil yang dipercayai.

Claus juga berpeluang dipilih mengadili perlawanan akhir selepas Brazil tersingkir pada pusingan 16.

Presiden FIFA Gianni Infantino, yang dihubungi sendiri oleh Trump bagi meminta kad merah Balogun disemak semula, turut memberikan penghargaan kepada semua pengadil tanpa menyebut nama Claus secara khusus.

Presiden FIFA itu menulis di Instagram:

“Piala Dunia FIFA 2026 merupakan satu kejayaan yang luar biasa dan antara penyumbang utama kepada kejayaan itu ialah kumpulan pengadil hebat kami, Team One.

“Kejohanan ini diadili oleh pengadil terbaik dunia yang dipilih menerusi proses penilaian yang ketat berdasarkan kemahiran, konsistensi dan kualiti mereka dalam tempoh yang panjang.

“Sekali lagi saya menegaskan bahawa kita mesti menghormati pengadil dan menghormati peraturan yang mengawal permainan ini. Hakikatnya sangat mudah dan tidak boleh dinafikan – tanpa pengadil, tiadalah bola sepak.” – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Messi berdepan Salah dalam pertembungan sengit pusingan 16 terakhir Piala Dunia
Next: Argentina bangkit bergaya tewaskan Mesir, memanjangkan perjalanan Messi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.