Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FIFA perkenalkan bola rasmi Piala Dunia 2026
  • SUKAN

FIFA perkenalkan bola rasmi Piala Dunia 2026

Utusan Sarawak 4 days ago
TETAMU berkumpul di sekitar replika bola perlawanan Piala Dunia Lelaki FIFA 2026 yang dinamakan Trionda semasa majlis pelancarannya di New York semalam. Piala Dunia Lelaki FIFA 2026 dijadualkan berlangsung antara bulan Jun dan Julai 2026, dengan perlawanan akan diadakan di Mexico, Kanada dan Amerika Syarikat. Foto AFP

WASHINGTON: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis memperkenalkan bola rasmi Piala Dunia 2026 Trionda, menandakan satu lagi pencapaian penting menjelang edisi pertama kejohanan itu yang dihoskan bersama oleh Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

Nama bola itu yang berasal daripada bahasa Sepanyol, membawa maksud “tiga gelombang” dan merujuk kepada perpaduan tiga negara tuan rumah. Reka bentuknya pula menggabungkan warna merah, hijau dan biru dengan simbol setiap negara – daun mapel Kanada, burung helang Mexico dan bintang AS.

Bola itu menggunakan struktur empat panel baharu dengan jahitan lebih dalam serta permukaan bertekstur, yang menurut FIFA direka bagi meningkatkan kestabilan, cengkaman dan kawalan.

Ia turut dilengkapi teknologi “connected ball” dengan sensor gerakan di dalamnya untuk mengesan sentuhan secara masa nyata. Data berkenaan akan dihantar ke sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) bagi membantu membuat keputusan termasuk dalam situasi ofsaid.

Piala Dunia 2026 akan menjadi edisi pertama yang menampilkan 48 pasukan. Kejohanan itu dijadualkan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai di 16 bandar raya di Amerika Utara.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Kejohonan jadi ‘ubat’ Aaron kekal berbisa
Next: Sarawak kuasai tenpin boling individu, raih dua emas di SOPMA 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.