Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FIFA didesak hentikan penjualan tiket Piala Dunia, harga melampau  
  • SUKAN

FIFA didesak hentikan penjualan tiket Piala Dunia, harga melampau  

Utusan Sarawak 3 hours ago
FIFA didesak menggantung penjualan tiket Piala Dunia selepas pendedahan bahawa sebahagian penyokong paling setia sukan itu dikenakan harga yang dianggap ‘melampau’.

LONDON: FIFA didesak menggantung penjualan tiket Piala Dunia selepas pendedahan bahawa sebahagian penyokong paling setia sukan itu dikenakan harga yang dianggap ‘melampau’, lapor PA Media/dpa.

Persekutuan Bolasepak Croatia telah mengeluarkan butiran harga bagi peruntukan Persatuan Ahli Gabungan Peserta (PMA), yang dikhaskan kepada penyokong menghadiri paling banyak perlawanan dan menawarkan tiket pada harga tetap, bukannya harga dinamik.

Namun, persatuan itu menyenaraikan harga tiket paling murah untuk perlawanan akhir pada 19 Julai berjumlah US$4,185 setiap satu. Football Supporters Europe (FSE) menyifatkan pendekatan FIFA itu sebagai “pengkhianatan besar” terhadap penyokong.

FSE berkata berdasarkan maklumat setakat ini, penyokong perlu membayar AS$8,098.05 (RM22,100) untuk menghadiri semua perlawanan dari aksi pembukaan hingga ke final melalui peruntukan PMA – lima kali ganda lebih mahal berbanding kejohanan terakhir di Qatar.

“Football Supporters Europe sangat terkejut dengan harga tiket ‘melampau’ yang dikenakan FIFA terhadap penyokong paling setia untuk Piala Dunia tahun depan,” menurut satu kenyataan.

“Ini adalah pengkhianatan besar terhadap tradisi Piala Dunia dan mengabaikan sumbangan penyokong yang menjadikan kejohanan itu begitu meriah.

“Kami menyeru FIFA untuk segera menghentikan penjualan tiket PMA, mengadakan perundingan dengan semua pihak berkepentingan, serta menyemak semula harga dan pengagihan kategori tiket sehingga satu penyelesaian yang menghormati tradisi, sifat sejagat dan kepentingan budaya Piala Dunia dapat dicapai.”

Peruntukan PMA merangkumi lapan peratus daripada kapasiti stadium bagi setiap perlawanan.

FSE turut menegaskan bahawa, berbanding menggunakan harga standard bagi semua perlawanan peringkat kumpulan, harga tiket kelihatan ditetapkan berdasarkan “kriteria kabur seperti tahap tarikan sesuatu perlawanan”.

Persatuan Bola Sepak England dijangka mengesahkan butiran harga kepada ahli Kelab Penyokong England (ESTC) pada Khamis petang.

Penyokong England dijangka membayar sekurang-kurangnya AS$265.60 (RM725) bagi tiket perlawanan pembukaan menentang Croatia pada 17 Jun, selepas FA Croatia memaklumkan penyokong bahawa itulah harga tiket termurah dalam peruntukan PMA untuk perlawanan tersebut.

Satu undian pemilihan rawak untuk tiket Piala Dunia akan dibuka oleh penganjur kejohanan, FIFA, pada Khamis.

Semua penyokong – bukan sahaja mereka yang layak untuk peruntukan PMA – boleh memohon secara dalam talian sehingga 13 Januari untuk membeli seberapa banyak tiket yang diingini, juga pada harga tetap.

Selepas tempoh jualan ditutup, penyokong akan dimaklumkan jumlah tiket yang berjaya diperoleh, dan kad kredit mereka akan dicaj mengikut jumlah tersebut.

Tiket yang dijual pada fasa jualan terdahulu tertakluk kepada harga dinamik, iaitu harga yang boleh meningkat atau menurun berdasarkan permintaan.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan SEA 2025: Nani Sahirah cipta kejutan raih emas lontar peluru, lebur rekod kebangsaan  
Next: Tujuh wakil badminton negara mara ke separuh akhir Sukan SEA 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.