Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Fiesta seni penjara cerminan komitmen lahirkan pemulih berjiwa dan beradab
  • Tengah
  • WILAYAH

Fiesta seni penjara cerminan komitmen lahirkan pemulih berjiwa dan beradab

Utusan Sarawak 4 hours ago
 TEYUN Thian Eim hadir merasmikan penganjuran Fiesta Kesenian dan Kebudayaan Zon Sarawak 2025 dekat sini semalam. Foto: UKAS Sri Aman

SIMANGGANG: Penganjuran Fiesta Kesenian dan Kebudayaan Zon Sarawak 2025 yang menghimpunkan 70 penghuni dari enam institusi penjara seluruh Sarawak semalam bukan sekadar pertandingan seni, tetapi manifestasi komitmen Jabatan Penjara Malaysia dalam membentuk insan yang beradab, berilmu dan berjiwa.

Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Timbalan Komisioner Penjara, Teyun Thian Eim berkata, melalui kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), program berkenaan memperkukuh usaha pemulihan penghuni penjara menerusi pendekatan seni dan budaya.

“Usaha ini mencerminkan komitmen jabatan bukan sahaja untuk melahirkan pemulih yang patuh kepada undang-undang, tetapi juga insan yang beradab, berilmu dan berjiwa,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan pesta itu di sini.

Menurut beliau, program seperti ini penting kerana ia memberi ruang kepada penghuni mengekspresikan diri secara positif serta membina keyakinan diri melalui nilai-nilai murni yang diterapkan dalam karya seni.

FOTO Ukas

Fiesta berkenaan menampilkan dua segmen utama iaitu Teater Muzikal Muhibbah dan Suara Dari Lembah Harapan yang merangkumi pertandingan deklamasi sajak, syair dan lagu puisi.

Penjara Limbang muncul juara kategori Deklamasi Sajak, manakala Penjara Puncak Borneo Kuching memenangi kategori Syair dan Lagu Puisi dimenangi oleh Penjara Pusat Sri Aman.

Dalam segmen Teater Muzikal Muhibah, Penjara Puncak Borneo Kuching turut dinobatkan sebagai juara melalui persembahan bertajuk Jerat Dunia.

Anugerah khas Pelakon Terbaik disandang peserta dari Penjara Pusat Sibu menerusi watak “Abah” dalam teater Berilah Kami Peluang Menebus Segalanya, manakala Muzikal Terbaik dimenangi teater Harmoni di Balik Terongko: Aku Ingin Berubah dari Penjara Pusat Miri.

Selain itu, Sinografi Terbaik dan Pengarah Terbaik masing-masing diraih teater Jerat Dunia dari Penjara Puncak Borneo.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: MPKS serah buku terpakai kepada lapan sekolah sekitar Kota Samarahan
Next: Program Santuni Komuniti Belaga pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.