Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Fiesta Muzikal dan Kesenian Deepavali platform pamerkan budaya, tradisi komuniti India
  • NASIONAL

Fiesta Muzikal dan Kesenian Deepavali platform pamerkan budaya, tradisi komuniti India

Utusan Sarawak 7 months ago
ORANG ramai terutamanya masyarakat India hadir memeriahkan Fiesta Muzikal dan Kesenian Deepavali 2024 yang dirasmikan oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo di Jalan Little India Brickfields, malam tadi. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Fiesta Muzikal dan Kesenian Deepavali 2024 mampu menjadi platform bagi komuniti India di negara ini mempamerkan kejayaan dan kekayaan budaya, tradisi serta kesenian mereka.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata irama nyanyian yang merdu serta tarian yang memukau  menjadi kebanggaan untuk dipersembahkan kepada pengunjung program daripada pelbagai lapisan masyarakat. 

“Program ini telah dianjurkan sejak 2008 lagi dan memang kita dapat lihat ia menjadi program yang semakin besar setiap tahun,” katanya ketika berucap pada Fiesta Muzikal dan Kesenian Deepavali 2024 di Little India Brickfields di sini, malam tadi. 

Program tersebut yang bermula semalam hingga Rabu adalah anjuran Persatuan Aduan Rakyat Malaysia. 

Sementara itu, beliau turut menyarankan kepada peniaga komuniti India agar meningkatkan perniagaan masing-masing melalui penggunaan platform digital. 

“Kalau dahulu pasaran hanya di sekeliling kita sahaja tetapi kalau gunakan platform digital kita akan dapat pasaran global yang lebih luas sekali gus dapat meningkatkan perniagaan ,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: KKM akan siasat laporan anggur Shine Muscat Thailand ada racun perosak berlebihan
Next: Ribut petir, hujan lebat diramal di beberapa negeri petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.