Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • FIABCI Malaysia sambut baik lanjutan moratorium
  • BISNES

FIABCI Malaysia sambut baik lanjutan moratorium

Utusan Sarawak 5 years ago
MICHAEL GEH

GEORGE TOWN: Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) Malaysia menyambut baik pengumuman Kerajaan Persekutuan mengenai lanjutan moratorium ke atas pinjaman bank untuk kumpulan sasaran.

Dalam kenyataan baru-baru ini, Presiden FIABCI Malaysia, Michael Geh berkata, lanjutan itu akan membantu menstabilkan pasaran hartanah di negara ini berikutan peminjam yang kehilangan pekerjaan berikutan pandemik Covid-19 tidak perlu melelong rumah mereka untuk membayar balik pinjaman mereka.

“Ia turut memastikan harga hartanah tidak jatuh berikutan peningkatan hartanah yang dilelong secara tiba-tiba disebabkan kegagalan pembayaran balik pinjaman.

“Dari segi aset, ini langkah yang baik berikutan pasaran hartanah akan stabil disebabkan lanjutan moratorium ini,” katanya.

Pertubuhan itu turut menyambut baik langkah kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan ansuran pinjaman bagi kumpulan yang terjejas.

Geh berkata, langkah itu akan memberi impak yang positif kepada pasaran hartanah.

“Langkah ini akan memastikan peminjam tidak akan kehilangan rumah mereka pada 2020 berikutan mereka masih dapat terus membuat pembayaran balik pinjaman rumah mereka,” katanya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan lanjutan moratorium untuk tempoh tiga bulan akan memberi manfaat kepada kira-kira tiga juta individu dan perniagaan yang masih memerlukan bantuan apabila tempoh moratorium selama enam bulan akan berakhir pada 30 September. – Bernama

Continue Reading

Previous: ABM, AIBIM gesa peminjam berunding dengan bank
Next: Landasan PEKEMA mulai pulih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.