Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Festival WAK platform perpaduan dan kreativiti komuniti Sarawak
  • TEMPATAN

Festival WAK platform perpaduan dan kreativiti komuniti Sarawak

Utusan Sarawak 3 days ago
DATO Wee Hong Seng ketika berucap pada majlis perasmian rasmi All About Arts: Roots and Celebrating Malaysia Photo Exhibition, pameran utama sempena edisi ketujuh Festival ‘What About Kuching’ (WAK) yang diadakan di The Spring, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, menegaskan bahawa seni dan budaya merupakan akar penting kepada identiti masyarakat Sarawak yang wajar dipelihara serta dikembangkan secara berterusan.

“Sebelum kita boleh melangkah lebih jauh atau lebih tinggi, kita mesti sentiasa ingat dari mana asal kita.

“Akar budaya dapat dilihat dalam amalan tradisi, resipi turun-temurun, pakaian serta hasil seni yang menggambarkan kisah dan emosi masyarakat,” katanya.

Video Masrin Affirah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian rasmi All About Arts: Roots and Celebrating Malaysia Photo Exhibition, pameran utama sempena edisi ketujuh Festival ‘What About Kuching’ (WAK) yang diadakan di The Spring, hari ini.

Tambahnya, kekayaan tradisi seperti kraftangan, nyanyian, tarian dan masakan bukan sahaja menghubungkan masyarakat dengan warisan nenek moyang, tetapi turut menjadikan Sarawak destinasi yang autentik dan menarik bagi pelawat dari seluruh dunia.

“Namun yang lebih luar biasa daripada kepelbagaian kita ialah perpaduan dan kemampuan kita untuk hidup harmoni dan gembira bersama walaupun berbeza latar belakang. Inilah keindahan sebenar Sarawak.

“Festival WAK berperanan sebagai platform dinamik yang memperkasakan komuniti kreatif negeri, merangkumi artis, pemuzik, pereka, penulis, usahawan dan pelbagai penggiat seni tempatan.

“Setiap tahun, festival ini menyatukan pelbagai bakat dan semangat yang menjadikan Kuching sebuah bandar yang bernafas dengan kreativiti dan kerjasama,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan komitmen berterusan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk menyokong penganjuran WAK.

“Pengiktirafan Kuching sebagai Bandar Kraf Dunia oleh Majlis Kraf Dunia dan Bandar Gastronomi UNESCO membuktikan keunikan keusahawanan kreatif serta kepelbagaian warisan kulinari yang terdapat di bandar raya ini.”

“Tradisi seni dan kulinari kita bukan sekadar tinggalan masa lalu, tetapi ekspresi budaya yang hidup dan terus berkembang. 

“Oleh itu, kita bertanggungjawab untuk terus berinovasi dan berkongsi khazanah ini dengan dunia,” ujarnya.

Beliau menggesa agar festival seperti WAK terus mendapat sokongan masyarakat dan diperluas pada masa akan datang, bagi memupuk bakat muda serta memperkenalkan karya kreatif tempatan ke peringkat antarabangsa.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Teknologi AI, revolusi hijau fokus utama IDECS 2025
Next: Jangan sekadar bercakap, bantu hapuskan iklan haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.