Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Festival Vintaj Kuching 2025 raih sambutan hangat
  • TEMPATAN

Festival Vintaj Kuching 2025 raih sambutan hangat

Utusan Sarawak 18 hours ago
FESTIVAL Vintaj Kuching 2025.

KUCHING: Acara yang dinanti-nantikan oleh peminat barangan vintaj akhirnya kembali. Festival Vintaj Kuching 2025, yang dianjurkan oleh Heavy Soul Vintage dan Komuniti Jualan But Kereta Kuching (KCBS), telah berlangsung dengan penuh meriah selama tiga hari berturut-turut dari 29 hingga 31 Ogos 2025 bertempat di pusat beli-belah The Hills.

Festival ini menjadi titik pertemuan bagi para pengumpul, penjual, dan peminat tegar barangan vintaj dari seluruh Sarawak terutamanya di sini.

Pelbagai jenis barangan dipamer dan dijual, termasuk pakaian vintaj, aksesori, barangan rumah klasik, serta fizikal muzik seperti kaset dan piring hitam.

Dengan semangat dan minat yang sama terhadap dunia vintaj, acara ini berjaya mengumpulkan pelbagai lapisan masyarakat  dari golongan muda, warga emas, hinggalah komuniti sub-budaya yang menjadikan elemen retro sebagai gaya hidup.

Kali terakhir Festival Vintaj Kuching diadakan adalah pada awal 2022, dan selepas beberapa tahun menyepi, acara ini akhirnya kembali dengan lebih besar dan berwarna-warni.

Kali ini, festival menampilkan lebih 30 reruai, terdiri daripada kolektor serta penjual dari Kuching dan juga luar kawasan.

Selain daripada jualan barangan vintaj dan antik, festival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang menarik perhatian pengunjung.

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah persembahan muzik secara langsung, sesi DJ sepanjang hari, pameran barangan vintaj khas,sesi bidaan terbuka, serta pertandingan pakaian terbaik yang menampilkan gaya vintaj paling menyerlah.

Suasana festival turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pengacara acara, MCWayne, yang mencuri perhatian ramai dengan telatah spontan dan gelagat selambanya.

Menurut wakil penganjur, Mono dari Heavy Soul Vintage, “Kami amat terharu dengan sambutan luar biasa daripada komuniti. Festival ini bukan sekadar tentang jual beli barangan lama, tapi juga platform untuk menghidupkan semula budaya dan gaya hidup vintaj yang semakin mendapat tempat di hati generasi muda.

“Tahun ini kami lihat lebih ramai wajah baharu, dan itu memberi kami semangat untuk teruskan lagi acara seperti ini pada masa hadapan.”

MONO bersama Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman hadir memberikan sokongan. 

Namun begitu, Mono turut menegaskan bahawa untuk memastikan kelangsungan dan perkembangan Festival Vintaj Kuching, sokongan dana daripada kerajaan Sarawak amat diperlukan. Ini bagi membolehkan acara yang membawa nilai budaya dan ekonomi ini terus berkembang dan memberi manfaat lebih besar kepada komuniti serta industri kecil dan sederhana di negeri ini.

Persembahan pentas diserikan dengan aksi penuh tenaga daripada HEA diikuti oleh The Rollers. Hari berikutnya, suasana terus hangat dengan persembahan hebat daripada Radioaktif, She’s Nuklear, Heroine dan kemuncak persembahan oleh Rockaholic.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Gempa Afghanistan: KKM sahkan tiada hubungan dengan kawasan terjejas
Next: Eksklusif: Bantuan sekali beri RM100 disambut baik, rakyat mahu sistem lebih lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.