Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak tarik ribuan pengunjung di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak tarik ribuan pengunjung di Miri

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR sekitar Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025  di Pustaka Miri selama dua hari bermula 13 September lalu. 

MIRI: Penganjuran Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025 di Pustaka Miri selama dua hari bermula 13 September lalu mendapat sambutan menggalakkan apabila merekodkan seramai 4,636 pengunjung.

Bertemakan ‘Memperkasa Kanak-Kanak ke Arah Masa Depan Lestari’, festival ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada generasi muda mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta memupuk minat terhadap seni, sastera dan budaya sejak usia muda.

Sambutan positif itu membuktikan keberkesanan festival ini sebagai platform mencungkil bakat, menyemai minat membaca, dan meningkatkan kesedaran mengenai SDG dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus, dalam ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri, Salina Zawawi, tema festival dipilih berdasarkan keyakinan bahawa kanak-kanak merupakan pewaris masa depan yang perlu diberi peluang berkembang melalui kreativiti, ilmu pengetahuan dan nilai murni.

GAMBAR sekitar Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025  di Pustaka Miri selama dua hari bermula 13 September lalu. 

“Melalui seni dan sastera, generasi muda dapat diasuh menjadi lebih kritis, inovatif serta prihatin terhadap isu alam sekitar dan masyarakat.

“Malah, tema kali ini turut mengetengahkan elemen SDG seperti menjaga alam sekitar, mengamalkan gaya hidup sihat, menghargai kepelbagaian budaya dan membina nilai tanggungjawab sosial,” katanya.

Festival itu menampilkan 13 ruang aktiviti termasuk Ruang Cerita, Ruang Budaya, Ruang Gastronomi, Ruang Sarawak Lestari, Ruang Deria, Ruang Persembahan selain tujuh pertandingan utama antaranya Bakat Luar Biasa 2.0, Menari Mengikut Rentak (Tarian Moden), Pidato, Nyanyian Patriotik Si Cilik, serta Pertandingan Peragaan Kitar Semula.

Lebih menarik, festival ini turut menampilkan pencerita antarabangsa seperti Michael Patterson dari Australia, Johnny Gillett dari United Kingdom dan Ariyo Zidni dari Indonesia yang berjaya mencuri perhatian kanak-kanak dengan kisah penuh imaginasi, nilai dan pengajaran daripada pelbagai budaya.

Penganjuran kali ini turut mendapat kerjasama lebih 40 rakan pintar daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, persatuan dan individu, termasuk Majlis Bandaraya Miri (MBM), Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Kementerian Pendidikan, Kolej Vokasional Miri dan Sedidik Sarawak.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 085-422 525, melayari laman sesawang www.pustaka-sarawak.com, atau mengikuti saluran media sosial rasmi Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya
Next: Perpaduan dan kepedulian rakyat ditekankan sempena Hari Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.