Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Festival Sarikei 2025 rai warisan, sukan rakyat dan hiburan komuniti
  • TEMPATAN

Festival Sarikei 2025 rai warisan, sukan rakyat dan hiburan komuniti

Utusan Sarawak 18 hours ago
INFOGRAFIK Sarikei Festival 2025.

SARIKEI: Festival Sarikei 2025 kembali dengan lebih meriah, menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan, sukan rakyat dan hiburan selama 10 hari bermula 25 Julai hingga 3 Ogos ini.

Dengan tema memupuk kesedaran komuniti dan mempromosikan kekayaan budaya tempatan, festival ini bakal menjadi tumpuan warga tempatan dan pelancong yang ingin merasai keunikan Sarikei.

Antara acara yang dinanti-nantikan ialah Sarikei Powerboat Race 2025, perlumbaan penuh aksi yang akan berlangsung selama tiga hari dari 1 hingga 3 Ogos di Tebingan Terminal Penumpang 1, bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Acara berprestij ini dianjurkan oleh Pejabat Residen Bahagian Sarikei dan Pejabat Daerah Sarikei.

Tidak ketinggalan, pelbagai program menarik turut memeriahkan festival ini seperti Sebangkoi Rainforest Trail Run & Glamping 3.0, Street Soccer, pertandingan tarik tali, Wall Climbing, pertandingan menyumpit, gusti lengan, serta pertandingan budaya seperti bertandak, bermukun dan bertaboh.

Bagi penggemar kulinari, Sarikei Kitchen dan pertandingan memasak akan menyajikan pengalaman gastronomi tempatan, sementara peminat fesyen dan budaya boleh menyaksikan Ratu Sarikei Festival.

Turut memeriahkan suasana ialah pelbagai program komuniti seperti Program Kesedaran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Program Mamogram Bersama MAKNA, pameran agensi kerajaan, demonstrasi unit beruniform, siaran langsung Mini Studio RTM, Jualan Agro Madani, dan Trade & Fair.

Festival ini akan mencapai kemuncaknya dengan majlis pra perasmian pada 1 Ogos (Jumaat), diikuti majlis perasmian rasmi pada 2 Ogos (Sabtu) dan ditutup secara rasmi pada 3 Ogos (Ahad).

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi menikmati pesta penuh warna-warni yang menjanjikan hiburan, pengetahuan dan semangat komuniti dalam suasana kekeluargaan Sarikei yang unik.

Oleh Earl Anek 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Nuansa Seni Edisi Ke-6 perkukuh kelestarian warisan Melayu Sarawak
Next: MBKS perketat tindakan kawalan rabies, komuniti diminta main peranan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.