Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Festival Rock in the Jungle 2.0 dijangka tarik 12,000 pengunjung ke SCV
  • TEMPATAN

Festival Rock in the Jungle 2.0 dijangka tarik 12,000 pengunjung ke SCV

Utusan Sarawak 16 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan bersama pihak terlibat dengan kunjungan hormat dan sidang media Jawatankuasa RITJ 2.0 di Baitulmakmur II. Foto: Ukas

PETRA JAYA: Festival ‘Rock in the Jungle’ (RITJ) 2.0 dijangka menarik sehingga 12,000 pengunjung apabila berlangsung di Kampung Budaya Sarawak (SCV) pada 29 dan 30 Ogos ini.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, acara sebegini memberi sumbangan besar kepada pelancongan dan ekonomi negeri.

“Setiap kali konsert atau festival dianjurkan, ia menarik pelancong yang membelanjakan wang di hotel, restoran, kedai cenderamata dan destinasi pelancongan tempatan,” katanya dalam sidang media selepas menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Penganjur RITJ 2.0 di Baitulmakmur II, hari ini.

“Kementerian turut memberi sokongan kewangan bagi mengurangkan kos penganjuran dan memastikan harga tiket kekal berpatutan. Tiket termurah untuk RITJ 2.0 dijual pada harga RM169,” katanya.

Tambah beliau, acara selama dua malam itu akan menampilkan kumpulan Hujan, Kotak dari Indonesia, Fearless, Breathe in the Ocean serta legenda rock Jepun, Loudness.

“Kumpulan tempatan yang sedang meningkat naik juga turut diberi peluang membuat persembahan.

SESI sidang media RITJ 2.0 di Baitulmakmur II. Foto: Ukas

“Saya yakin bahawa festival seperti ini, jika diadakan secara berterusan, berpotensi berkembang seperti Festival Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang kini menarik puluhan ribu pengunjung setiap tahun,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Festival, Sunil Mohamad berkata, RITJ menjadi platform menghimpunkan bakat muzik tempatan dan antarabangsa serta mempromosikan Sarawak sebagai hab muzik, budaya dan kreativiti.

“Edisi kali ini turut memberi penekanan kepada kelestarian alam sekitar melalui program pendidikan yang menggalakkan amalan mesra alam dalam kalangan pengunjung,” ujarnya.

Sesi bertemu dan beramah mesra (meet and greet) bersama artis bakal diadakan pada 28 Ogos di Stars of Stage (SOS), pada 7.30 malam dan tiket boleh dibeli menerusi [tickets.perk.asia] (http://tickets.perk.asia).

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Hujan lebat landa Kuching sekitar 3.00 petang
Next: Jambatan Batang Lingga capai 99 peratus, siap sepenuhnya September ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.