Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Festival Pantai Tanjung Kembang Kabong 2026 berlangsung 25 hingga 27 September depan
  • Tengah
  • WILAYAH

Festival Pantai Tanjung Kembang Kabong 2026 berlangsung 25 hingga 27 September depan

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir menghadiri sesi taklimat mengenai cadangan penganjuran festival itu di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong, semalam. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Penganjuran Festival Pantai Tanjung Kembang Kabong 2026 yang dijadual berlangsung pada 25 hingga 27 September depan dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan kebudayaan di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, program itu merupakan satu inisiatif pelancongan, kebudayaan dan rekreasi yang bertujuan mempromosikan keindahan Pantai Tanjung Kembang sebagai antara destinasi pelancongan yang berpotensi di Sarawak.

Beliau berkata, selain menjadi acara riadah dan hiburan, festival berkenaan turut berfungsi sebagai platform strategik untuk memperkukuh kerjasama antara komuniti setempat, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan serta sektor swasta.

“Program ini juga mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan dengan membuka peluang kepada usahawan kecil dan sederhana mempromosikan serta memasarkan produk masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan daripada pihak Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Bahagian Betong bersama pengurusan Chalet Pantai Tanjung Kembang Kabong bagi menghadiri sesi taklimat mengenai cadangan penganjuran festival itu di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong, semalam.

Menurut Chee Kadir, antara objektif utama festival tersebut ialah mempromosikan Daerah Kabong, khususnya Pantai Tanjung Kembang sebagai destinasi pelancongan yang menarik di Sarawak.

Selain itu, katanya, festival berkenaan turut bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti rekreasi, kesukanan dan kemasyarakatan yang sihat serta berfaedah.

Beliau berkata, penganjuran festival itu juga akan memperkenalkan warisan budaya dan identiti Kabong menerusi persembahan kebudayaan, makanan tradisional serta pelbagai aktiviti kesenian yang memperlihatkan keunikan masyarakat setempat.

Sementara itu, sesi taklimat berkenaan memberi penerangan mengenai perancangan pelaksanaan Festival Pantai Tanjung Kembang Kabong 2026 yang dijadual berlangsung di Chalet Pantai Tanjung Kembang Kabong pada 25 hingga 27 September depan.

Chee Kadir berkata, kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat amat penting bagi memastikan penganjuran festival itu berjalan lancar dan mencapai matlamat yang disasarkan.

“Saya berharap Festival Pantai Tanjung Kembang Kabong 2026 akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pelancongan, merancakkan aktiviti ekonomi setempat serta mengangkat nama Kabong sebagai antara destinasi pelancongan utama di Sarawak,” katanya.

Turut hadir ialah wakil Pegawai Penguasa Pejabat Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Bahagian Betong, Dayang Amynarima Abang Mua’an bersama Mohd Asfia dari pejabat yang sama.

Turut hadir ialah wakil pengurusan acara, Shirajuddin Bolhi, Eizatul Faziela dan Haziq Alwie, serta wakil Pengurusan Pantai Tanjung Kembang Kabong, Zulkhibri Jarawi, bagi membincangkan persiapan dan pengisian program yang dirancang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen Miri gesa semakan kuota subsidi diesel BUDI MADANI di Sarawak
Next: BIKF 2026 bakal warnai langit Bintulu hujung Julai ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.