Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Festival Muzik, Seni Antarabangsa kembali gegar Kuching
  • HIBURAN

Festival Muzik, Seni Antarabangsa kembali gegar Kuching

Utusan Sarawak 5 months ago

Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama timbalannya, Datuk Snowdan Lawan merakam gambar pada sidang media SIFMA 2024 di Kuching, hari ini. Foto HERRIEY NAHA.

KUCHING: Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak (SIFMA) 2024 kembali menggegarkan Kuching yang dijadualkan berlangsung pada 7 dan 8 Disember ini di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), Petra Jaya.

 Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjuran SIFMA 2024 kali yang kelima tahun ini menunjukkan Sarawak sentiasa mempunyai pelbagai tarikan untuk ditawarkan kepada pengunjung.

Katanya, ia mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam mengangkat dan memperkukuh industri seni persembahan dan kreatif di negeri ini.

”Penganjuran SIFMA 2024 ini sudah semestinya sejajar dengan matlamat kita untuk menubuhkan Pusat Seni Persembahan bagi menyediakan platform kepada anak-anak muda mempamerkan bakat dan kebolehan dalam industri kreatif ke tahap optimum.

”Kita sentiasa menyokong usaha seperti ini kerana ia amat membantu usahawan dan industri tempatan kita untuk terus berkembang maju selain menyerlahkan keunikan Sarawak yang mempunyai pelbagai identiti dan budaya,” katanya pada sidang media SIFMA 2024 di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, festival tahunan itu dijangka menarik penyertaan lebih ramai penggiat seni dari dalam dan luar negara untuk menikmati persembahan seni dan budaya tarian muzik.

Difahamkan, SIFMA 2024 akan menampilkan ramai penggiat seni yang terkenal termasuk Dr. Poom Prommachart dari Thailand, kumpulan tarian teater Dua Space dari Malaysia selain pertunjukkan fesyen yang turut disertai oleh pereka seperti BON Zainal, Dato Raymond Jolly, Jeny Tjahyawati, Sugeng Waskito, Wan Bynun dan Jason Hee.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Konsert Rizky, Bunkface di Kuching 27, 28 Disember ini
Next: Kugiran Masdo, Jeffrydin pukau 2,500 peminat Pop Yeh-Yeh 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.