Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Festival Muzik Kuching 2026 janjikan malam penuh magis, muzik, emosi di Padang Merdeka
  • HIBURAN

Festival Muzik Kuching 2026 janjikan malam penuh magis, muzik, emosi di Padang Merdeka

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEMUNCULAN Cakre Khan bakal meriahkan Festival Muzik Kuching 2026.

KUCHING: Festival Muzik Kuching 2026 dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bakal menghangatkan suasana bandar raya Kuching pada 16 dan 17 Mei 2026 di Padang Merdeka.

Festival ini akan menampilkan persembahan artis antarabangsa dan tempatan yang dinanti-nantikan, termasuk penyanyi bersuara emas Cakra Khan serta kumpulan legenda rock alternatif Malaysia OAG.

KUMPULAN legenda rock alternatif Malaysia OAG.

Turut memeriahkan pentas ialah artis tempatan Sarawak seperti Chien Ng, Ramles Walter, Mal Imran, Carrie Geres, Melissa Francis dan Firdaus Materang.

Alunan muzik orkestra daripada Prodigy Orchestra turut dijangka memukau penonton dengan persembahan yang penuh keindahan dan emosi, sekali gus memperkayakan pengalaman muzik sepanjang festival berlangsung.

JANGAN ketinggalan menyertai Glamping in the Cit.

Menariknya, turut diadakan Glamping in the City, satu konsep penginapan santai di tengah bandar yang membolehkan pengunjung merasai pengalaman berkhemah dalam suasana lebih selesa dan eksklusif sepanjang festival berlangsung.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman di bazar makanan.

Kemasukan dalah percuma, menjadikannya acara mesra komuniti yang sesuai dihadiri oleh semua lapisan masyarakat.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Andi Bernadee lancar Aku Nak Kahwin, kisah santai realiti golongan bujang
Next: Sulaiman Usop tampil dengan single baharu Pergilah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.