Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Festival Kraf Miri 2025 platform martabatkan seni kraf Sarawak
  • TEMPATAN

Festival Kraf Miri 2025 platform martabatkan seni kraf Sarawak

Utusan Sarawak 2 hours ago
HADIR…Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (tiga dari kanan) semasa hadir merasmikan Festival Kraf Miri 2025 hari ini.

MIRI: Festival Kraf Miri 2025 dilihat sebagai platform penting untuk memartabatkan seni kraf Sarawak serta mengukuhkan rangkaian industri kreatif negeri.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan,  Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran festival itu memainkan peranan besar dalam memelihara warisan seni negeri selain menyediakan lebih banyak peluang kepada artis, penggiat kraf dan usahawan kreatif tempatan untuk mengetengahkan karya mereka.

“Warisan kraf Sarawak seperti anyaman rotan, bemban, keringkam, manik dan pua kumbu bukan sahaja mempunyai nilai budaya tinggi, tetapi kini turut mendapat perhatian melalui penghasilan karya kontemporari seperti fesyen etnik moden, reka bentuk berasaskan budaya dan produk kreatif urban.

“Gabungan tradisi dan inovasi inilah yang menjadikan seni kreatif Sarawak unik dan terus relevan dalam arus moden,” katanya.

CANTIK…Sebahagian kraftangan yang dipamerkan pada Festival Kraf Miri 2025, hari ini.

Abdul Karim berkata demikian menerusi teks ucapan beliau yang dibacakan oleh timbalannya Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pada majlis perasmian festival tersebut di Bangunan Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) di sini, hari ini.

Karim  turut berharap festival itu dapat membantu memperluaskan pasaran kraf Sarawak ke peringkat antarabangsa, terutamanya dengan kelebihan kedudukan Miri yang berhampiran Brunei Darussalam.

Festival yang berlangsung selama lima hari itu menghimpunkan penggiat seni dari seluruh negeri, selain menawarkan pameran kraf, demonstrasi, jualan dan aktiviti interaktif kepada pengunjung.

Festival Kraf Miri 2025 dijangka menjadi acara tahunan yang terus menarik perhatian pelancong serta penduduk tempatan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ribuan dijangka meriahkan Perarakan Krismas 2025 di Sibu
Next: RM5 juta untuk Bilik Darjah Pintar di 369 bilik darjah SJKC seluruh Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.