Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Festival koktel tuak platform usahawan jana pendapatan
  • TEMPATAN

Festival koktel tuak platform usahawan jana pendapatan

Utusan Sarawak 2 years ago
BERBAKAT… Dato Wee Hong Seng dan Datin Dona Drury Wee menunjukkan payung yang diukir oleh seorang pelukis autisme pada Karnival Gawai yang berlangsung di The Hills Mall di Kuching, semalam.

KUCHING: Festival yang mempamerkan koktel tuak berpotensi besar menjadi platform bagi para usahawan tempatan untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng berkata koktel tuak juga berpotensi untuk diketengahkan sebagai salah satu produk pelancongan di negeri ini.

Katanya, pertandingan penyediaan koktel tuak bakal menarik lebih ramai golongan pelancong terutamanya mereka yang berminat untuk mempelajari sejarah dan cara pembuatan minuman tersebut.

“Dengan pertandingan seperti ini, ia bukan sahaja menarik untuk dianjurkan malah kita juga dapat mempelajari sejarah dan banyak maklumat mengenainya.

“Ini kerana di Sarawak ramai yang membuat tuak dan menjualnya sebagai sumber pendapatan. Tuak yang dihasilkan oleh setiap orang itu mempunyai rasa berbeza serta terselit ceritanya tersendiri.

“Justeru, acara seperti ini boleh dikembangkan dan diketengahkan sebagai produk pelancongan Sarawak sekali gus membantu mempromosikan produk tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Gawai di The Hills Mall di sini, semalam.

Sementara itu, katanya lagi, program anjuran Warisan Kulinari dan Persatuan Kesenian Sarawak (CHASS) itu bertepatan dengan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori gastronomi sebagai Bandar Raya Kreatif.

“Kuching sudah dikenali sebagai ‘syurga’ makanan dan penglibatan usahawan tempatan dalam memberikan pendedahan yang lebih meluas tentang keunikan terdapat di sini sangat diperlukan.

“Usahawan juga digalak untuk berkongsi idea tentang bagaimana pihak berkuasa tempatan boleh membantu mempromosikan produk pelancongan.

“Usahawan boleh mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa CHASS kerana kami mahu membuka lebih banyak peluang kepada orang ramai,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Penganjur Datin Dona Drury Wee.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: ‘Ibu bapa sumber kekuatanku’ – Mohd Afiq Yunus
Next: Anggota APM Sarawak cedera diserang anjing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.