Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Festival KATSN Artist 2025 serlahkan bakat komuniti istimewa di Kuching
  • TEMPATAN

Festival KATSN Artist 2025 serlahkan bakat komuniti istimewa di Kuching

Utusan Sarawak 3 days ago
DATO Ahmad Ibrahim (duduk tiga dari kiri), Dato Sim Kiang Chiok (duduk dua dari kiri), Timbalan Pengerusi KATSN, Sugi Kueh (duduk dua dari kanan) dan Leovell Sam Avenido (duduk paling kanan) pada  Festival KATSN Artist 2025 yang berlangsung di Plaza Merdeka hari ini.

KUCHING: Festival KATSN Artist 2025 yang berlangsung di Plaza Merdeka hari ini menyerlahkan kreativiti serta potensi komuniti istimewa melalui pelbagai pameran dan persembahan seni.

Penasihat Persatuan Pembangunan Bakat dan Kebajikan Golongan Berkeperluan Khas Kuching (KATSN), Dato Sim Kiang Chiok berkata festival itu bukan sahaja ruang pameran, malah menjadi platform untuk memperkasa dan meningkatkan keyakinan diri individu istimewa.

“Setiap hasil karya, persembahan dan ciptaan mereka adalah bukti bahawa bakat tidak mengenal batasan. 

“Festival ini mengiktiraf sumbangan mereka kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas perasmian festival.

Beliau menambah, sokongan kerajaan termasuk peruntukan khas dalam Belanjawan 2024 juga memberi semangat kepada persatuan, namun lebih banyak pusat latihan kerja dan insentif pekerjaan inklusif masih diperlukan bagi memperluas peluang komuniti ini.

SENATOR Dato’ Ahmad Ibrahim merakamkan gambar bersama peserta bagi Pameran ‘The Gifted Art Gallery 2025’ dalam Festival KATSN Artist 2025 yang berlangsung di Plaza Merdeka hari ini.

Dalam pada itu, Senator Dato’ Ahmad Ibrahim menegaskan bahawa pameran itu bukan sekadar ruang seni, tetapi satu manifestasi bakat, ketabahan dan kreativiti tanpa batas komuniti istimewa di Sarawak.

“Setiap karya yang dipamerkan menceritakan kisah keberanian, keunikan pandangan hidup, dan keindahan melalui mata mereka sendiri. Anak-anak istimewa ini bukan ditakrifkan oleh cabaran, tetapi oleh kemampuan dan semangat mereka. Mereka adalah permata negeri kita,” ujar beliau.

SENATOR Dato’ Ahmad Ibrahim, Dato Sim Kiang Chiok, Timbalan Pengerusi KATSN, Sugi Kueh dan Leovell Sam Avenido hadir merasmikan Pameran ‘The Gifted Art Gallery 2025’ bagi Festival KATSN Artist 2025 yang berlangsung di Plaza Merdeka hari ini.

Senator Dato’ Ahmad turut menyumbangkan RM10,000 bagi menyokong usaha KATSN membantu golongan berkeperluan khas.

Acara tahunan itu menampilkan pelbagai aktiviti termasuk lukisan, jahitan, anyaman bakul, persembahan nyanyian dan tarian, bakeri serta sukan bocce. 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Minggu Belia Sarawak 2025: Bintulu jadi tumpuan 5,000 belia 13-19 Oktober ini
Next: Pembinaan Muzium Bintulu masuki fasa awal, dijangka siap suku ketiga 2029

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.