Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Festival Filem ASEAN 2025 raih penyertaan terbanyak sejak 2013
  • TEMPATAN

Festival Filem ASEAN 2025 raih penyertaan terbanyak sejak 2013

Utusan Sarawak 3 days ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media di Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025 yang dijadual berlangsung dari 13 hingga 15 November depan mencipta sejarah apabila menerima lebih 200 penyertaan, sekali gus menjadi jumlah tertinggi sejak dianjurkan pada 2013.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkembangan itu menunjukkan AIFFA terus kukuh sebagai festival berprestij yang menjadi medan pertemuan penggiat industri kreatif serantau.

“AIFFA bukan sahaja sebuah festival, tetapi platform penting untuk menggilap dan mengembangkan bakat baharu dalam dunia perfileman,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau menegaskan kejayaan penganjuran itu sekali gus memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi penting industri kreatif global, seiring dengan pertumbuhan pesat ekonomi kreatif dunia.

Edisi kali ini memperkenalkan dua acara baharu iaitu Anugerah Dokumentari Borneo yang menonjolkan karya dokumentari bertaraf antarabangsa serta ASEAN UniFest yang membuka peluang pelajar universiti menghasilkan filem pendek berteraskan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs).

Menariknya, bintang prolifik Hong Kong, Simon Yam turut dijangka hadir bagi sesi bertemu peminat di Kuching Waterfront, manakala Malam Gala akan diserikan dengan persembahan penyanyi tersohor Indonesia, Ruth Sahanaya bersama legenda muzik tanah air, Dato’ M. Nasir.

Lebih 300 pelakon, karyawan dan krew produksi dari dalam dan luar negara dijangka memeriahkan festival tersebut, dengan beberapa lokasi baharu seperti The Spring dan Borneo Cultures Museum dipilih bagi memudahkan orang ramai menyertai pelbagai acara.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Mancha anak Iban pertama sandang jawatan Pesuruhjaya Polis, bersara hari ini
Next: Minggu Belia Sarawak 2025: Bintulu jadi tumpuan 5,000 belia 13-19 Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.