Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Festival Cannes janjikan eskapisme, kurangkan versi Hollywood
  • HIBURAN

Festival Cannes janjikan eskapisme, kurangkan versi Hollywood

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENGARAH Urusan Festival Filem Cannes, Thierry Frémaux (kiri), dan Presiden Festival, Iris Knobloch, bergambar selepas sidang media bagi mengumumkan pemilihan rasmi edisi ke-79 Festival Filem Cannes di pawagam Pathe Palace, Paris pada 9 April 2026. Foto AFP

PARIS, Perancis: Festival Filem Cannes semalam mengumumkan senarai filem bagi edisi 2026 yang sarat dengan drama sejarah, unsur “kelembutan” dan juga sukan bola sepak, manakala penglibatan studio besar Hollywood dilihat semakin berkurangan.

Pengarah festival, Thierry Frémaux, mengumumkan sebanyak 21 filem yang bertanding bagi anugerah utama Palme d’Or, merangkumi pemenang terdahulu, pendatang baharu serta penyertaan yang kuat dari Sepanyol dan Jepun.

PEMENANG Oscar yang hidup dalam buangan, Asghar Farhadi, mewakili Iran melalui Histoires Parallèles. Foto AFP

Antara calon utama bagi anugerah tertinggi itu termasuk pengarah Jepun, Hirokazu Kore-eda, menerusi filem bertemakan kecerdasan buatan (AI), Sheep in the Box; Cristian Mungiu dari Romania menampilkan Fjord; serta pengarah auteur Rusia, Andrey Zvyagintsev, filemnya Minotaur memfokuskan golongan kaya Rusia yang berdepan kerahan tentera.

Veteran Sepanyol dan kegemaran Cannes, Pedro Almodóvar, akan tampil buat kali ketujuh menerusi Amarga Navidad, manakala pemenang Oscar yang hidup dalam buangan, Asghar Farhadi, mewakili Iran melalui Histoires Parallèles.

Mengulas pemilihan bagi festival yang berlangsung dari 12 hingga 23 Mei itu, Frémaux berkata banyak filem Barat berfungsi lari daripada realiti semasa yang suram, dengan penekanan “kelembutan, lagu dan alam semula jadi”, manakala sebahagian yang lain mengangkat sejarah ke dalam konteks masa kini.

Memperkenalkan filem Perancis Quelques Mots d’Amour arahan Rudi Rosenberg, beliau berseloroh: “Nampak? Kita semua memerlukan sedikit cinta dan kelembutan.”

PENGARAH dariJepun, Hirokazu Kore-eda, menerusi filem bertemakan kecerdasan buatan (AI), Sheep in the Box. Foto AFP

Sebanyak 2,500 filem dikemukakan untuk pemilihan secara keseluruhan, yang menurut Frémaux mencerminkan daya hidup industri perfileman, meskipun berdepan cabaran apabila penonton beralih kepada penstriman dan hiburan di rumah.

Di luar pertandingan, terdapat kandungan bola sepak yang agak ketara di festival filem berprestij Perancis itu, termasuk dokumentari mengenai penyerang legenda Eric Cantona serta perlawanan Piala Dunia 1986 antara England dan Argentina yang terkenal melibatkan Diego Maradona.

Selebriti Amerika Syarikat dijangka kurang menonjol berbanding kebiasaan, walaupun Woody Harrelson dan Kristen Stewart dijadual membintangi filem Full Phil yang berlatarkan Paris arahan pengarah Perancis, Quentin Dupieux.

“Amerika Syarikat masih menghantar wakil, namun penglibatan studio (Hollywood) agak berkurangan,” kata Frémaux sambil mengimbas tayangan perdana dunia Top Gun: Maverick serta edisi terbaharu Mission: Impossible pada penganjuran terdahulu.

Tom Cruise pernah tiba di karpet merah dengan menaiki helikopter pada 2022 ketika lapan jet pejuang Perancis terbang melintasi ruang udara.

CRISTIAN Mungiu dari Romania menampilkan Fjord;

Sebahagian pemerhati industri berpendapat studio utama Hollywood kini mengelakkan festival Eropah sebagai platform tayangan perdana, sebaliknya memilih pelancaran sendiri berasaskan media sosial yang dianggap kurang berisiko.

Legenda filem Amerika Syarikat, John Travolta, yang terkenal dengan minatnya terhadap dunia penerbangan, akan menyerikan Cannes dengan mempersembahkan filem sulung arahannya, Propeller One-Way Night Coach, yang mengisahkan perjalanan seorang kanak-kanak lelaki dalam “zaman kegemilangan penerbangan.”

Ikon Hollywood dan Broadway, Barbra Streisand, juga dijangka hadir di Cannes bagi menerima Anugerah Palme d’Or Kehormat. Turut hadir ialah pembikin filem New Zealand, Peter Jackson, yang terkenal dengan trilogi The Lord of the Rings.

Pengarah Amerika Syarikat, Steven Soderbergh, pula akan mempersembahkan dokumentari mengenai John Lennon berjudul The Last Interview. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Bintang China Esther Yu berminat untuk meneroka pelbagai watak
Next: BTS mulakan jelajah dunia dengan persembahan spektakular di Korea Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.