Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Fernandes mungkin kekal di United – Amorim
  • SUKAN

Fernandes mungkin kekal di United – Amorim

Utusan Sarawak 3 days ago

Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes dan Casemiro bersaing dengan pemain Hong Kong, Ngan Cheuk-Pan dan Anson Wong Ho-Chun pada aksi persahabatan di Stadium Hong Kong, malam tadi.

HONG KONG: Ruben Amorim melahirkan keyakinan kapten Manchester United, Bruno Fernandes mahu kekal di kelab itu di tengah-tengah spekulasi perpindahan lumayan ke Arab Saudi.

Fernandes diturunkan dalam kesebelasan utama ketika United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Hong Kong 3-1 dengan pemain gantian remaja Chido Obi menjaringkan dua gol.

Amorim, pengurus yang mengambil alih daripada Erik ten Hag ketika musim sedang berlangsung tetapi hanya mampu mengemudi United ke tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris, mempunyai banyak perkara untuk difikirkan sepanjang rehat pasca musim ini.

Antara kebimbangan terbesarnya adalah masa depan tonggak utama pasukan Fernandes, yang dilaporkan sedang menimbang tawaran lumayan kelab Arab Saudi, Al-Hilal.

Ketika ditanya selepas kemenangan itu sama ada ia penampilan terakhir Fernandes bersama United, Amorim menjawab: “Saya rasa tidak, saya tidak pasti, tetapi saya rasa tidak.

“Dia lihat kami sedang melakukan beberapa perubahan dan usaha untuk mengubah keadaan… saya rasa dia mahu kekal.”

Amorim berkata mengenai warga senegaranya dari Portugal itu: “Saya bercakap dengannya, saya jelaskan beberapa perkara dan saya hanya ada perasaan itu apabila berbual dengan seseorang, saya rasa anda boleh tahu jika dia mahu kekal.”

Selepas tewas dan dicemuh penyokong di Kuala Lumpur Rabu lalu, prestasi United pada babak pertama aksi persahabatan kedua pasca musim ini juga hambar, menutup tirai kempen yang mengecewakan.

Selepas bolos menerusi gol pasukan Hong Kong, Obi menyamakan kedudukan lima minit selepas rehat melalui penyudah kemas sebelum menambah satu lagi dengan tandukan pada minit ke-82.

Ayden Heaven menambah gol ketiga menerusi tandukan lewat aksi, membolehkan United menamatkan siri jelajah Asia mereka dengan kemenangan.

Fernandes, pemain antarabangsa Portugal, menampilkan permainan bertenaga pada separuh masa pertama di Stadium Hong Kong berkapasiti 40,000 penonton dan diisi sekitar 85 peratus, sebelum dikeluarkan. – AFP

Continue Reading

Previous: Liverpool bida  £109 juta untuk sambar Wirtz
Next: Fazzrudin calon layak terajui FAS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.