Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Fernandes gagal sempurnakan penalti, United kecundang di tangan Brentford
  • SUKAN

Fernandes gagal sempurnakan penalti, United kecundang di tangan Brentford

Utusan Sarawak 2 days ago
IGOR Thiago (kanan) meledak dua gol untuk Brentford. Foto AFP

LONDON: Kapten Manchester United, Bruno Fernandes gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika pasukannya tumbang 1-3 kepada Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Igor Thiago meledak dua gol buat tuan rumah.

Thiago membuka jaringan seawal minit kelapan selepas menerima hantaran Jordan Henderson sebelum menambah gol kedua pada minit ke-20 hasil bola muntah daripada tampanan Altay Bayindir.

United merapatkan jurang pada minit ke-26 menerusi Benjamin Sesko yang menyudahkan peluang selepas percubaan awalnya dihalang pertahanan lawan.

Namun, kebangkitan Red Devils tersekat apabila penalti Fernandes pada minit ke-76 berjaya diselamatkan penjaga gol Brentford, Caoimhin Kelleher.

Brentford memastikan tiga mata penuh pada masa kecederaan apabila Mathias Jensen melepaskan rembatan padu menewaskan Bayindir.

Kekalahan itu menyaksikan United kendalian Ruben Amorim terus bergelut, apabila sudah tewas tiga kali dalam saingan liga musim ini.

Continue Reading

Previous: Sukan Borneo 2025: Sarawak tamatkan aksi boling padang dengan tiga perak satu gangsa
Next: West Ham lantik Nuno ganti Potter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.