Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Feri Nanga Tulie tingkat keterhubungan penduduk
  • Tengah
  • WILAYAH

Feri Nanga Tulie tingkat keterhubungan penduduk

Utusan Sarawak 12 hours ago
UPACARA MIRING… Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika upacara miring majlis pecah tanah projek pembinaan dan penyiapan kemudahan feri Nanga Tulie, hari ini.

KAPIT: Projek pembinaan dan penyiapan kemudahan feri Nanga Tulie bakal memberi manfaat besar kepada penduduk tempatan, khususnya dari segi mobiliti, ekonomi dan sosial.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan projek tersebut merupakan inisiatif kerajaan dalam memastikan keterhubungan antara kawasan luar bandar dan bandar terus diperkukuh.

PECAH TANAH… Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan dan penyiapan kemudahan feri Nanga Tulie, hari ini.

Menurutnya, Nanga Tulie merupakan laluan penting yang menghubungkan komuniti di tebing Batang Rajang, dan pelaksanaan projek feri ini dijangka akan memberi manfaat besar kepada penduduk tempatan, khususnya dari segi mobiliti, ekonomi dan sosial.

“Apabila siap kelak, perkhidmatan feri ini mampu membawa sehingga 24 kenderaan dalam satu masa dan menjadikan perjalanan rentas sungai lebih selesa, selamat dan efisien.

“Ia juga akan membantu merancakkan aktiviti ekonomi tempatan serta memudahkan urusan penghantaran barangan, hasil pertanian dan keperluan harian,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek tersebut, hari ini.

UNTUK KENANGAN… Dato Sri Alexander Nanta Linggi merakam kenangan selepas menyempurnakan majlis majlis pecah tanah projek pembinaan dan penyiapan kemudahan feri Nanga Tulie, hari ini.

Ahli Parlimen Kapit itu berkata, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan pembangunan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, khususnya di Sarawak, terus diberi keutamaan.

“Kita mahu rakyat di kawasan pedalaman seperti Kapit menikmati kemudahan infrastruktur yang setara dengan kawasan bandar, sejajar dengan prinsip ‘Tiada Rakyat Ditinggalkan’.

“Selain projek feri ini, beberapa projek jalan dan jambatan lain juga sedang dirancang atau dilaksanakan di Bahagian Kapit bagi memperkukuh jaringan pengangkutan darat dan air,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan kepada pihak kontraktor (Rambungan Maju Sdn. Bhd) agar menjalankan kerja dengan penuh tanggungjawab, menepati jadual, serta mematuhi kualiti dan spesifikasi yang ditetapkan oleh JKR Sarawak.

UNTUK MANFAAT PENDUDUK... Perkhidmatan sebuah feri berkapasiti 24 kenderaan memberi manfaat besar kepada penduduk tempatan khususnya dari segi mobiliti, ekonomi dan sosial.

“Gunakan pendekatan reka dan bina ini sebagai peluang untuk menonjolkan profesionalisme serta kecekapan dalam melaksanakan projek kerajaan.

“Kepada pihak JKR Sarawak, saya juga berharap agar pemantauan rapi dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap aspek keselamatan, mutu dan kemajuan projek berada pada tahap terbaik,” ujarnya lagi.

Beliau juga berharap penduduk-penduduk tempatan boleh menghulurkan bantuan dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak kontraktor serta JKR Kapit sepanjang pelaksanaan projek ini. 

“Sokongan dan semangat masyarakat amat penting agar projek ini dapat dilaksanakan dengan lancardemi manfaat bersama,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek kompleks RTM Bintulu diteruskan selepas tender semula
Next: Lintasan pembentung konkrit baharu bakal memudahkan akses penduduk Tanjung Kunyit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.